Jan 27, 2012

Lawatan Pengerusi Kraftangan Malaysia








"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Lawatan Pengerusi Kraftangan Malaysia

Seremban, 18 Januari 2012 – Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menerima kunjungan Yang Berbahagia Dato’ Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia ke Kompleks Kraf Negeri Sembilan. Kunjungan selama 3 jam itu  begitu bermanafaat kerana Dato’ Pengerusi banyak memberi nasihat, perangsang dan idea bagaimana untuk mencapai Pelan Transformasi Kraf menjelang Tahun 2016. Beliau juga menyarankan Kraftangan Malaysia sebagai agensi pelaksana perlu peka dan prihatin dengan segala dasar-dasar kerajaan dan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, YB Menteri KPKK dan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Beliau juga meminta publisiti Kompleks Kraf Negeri Sembilan diperluaskan lagi dengan membina “Billboard” dan “Signage” serta mengadakan Majlis Minum Petang (Cocktail Session) dengan menjemput semua ketua-ketua agensi kerajaan, swasta, media dan agensi pelancongan untuk lebih megenali Kompleks Kraf   atau dengan ertikata lain “to create awareness”. Beliau tertarik hati dan memuji Program Interaktif Kraf yang diadakan di Kompleks dan juga penubuhan Kelab Usahawan Kraf Negeri Sembilan. Di akhir ucapan beliau, beliau meminta Pengarah, pegawai-pegawai dan semua anggota kerja supaya lebih “pro-active”, berfikir di luar kotak, membuat perancangan mengikut “time line” dan menetapkan target sasaran kerana Tahun 2012 merupakan tahun pelaksanaan dan pemantapan disamping kebajikan anggota kerja tidak diabaikan. Beliau seterusnya melawat Bengkel Zafialno Enterprise (Rotan) dan Bengkel M&M Mustika Enterprise (Batik) sebelum meneruskan lawatan ke Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka

 "BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Jan 6, 2012

Program Interaktif Kraf 2011









"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Program Interaktif Kraf 2011


Kompleks Kraf Negeri Sembilan sentiasa menerima kunjungan pelajar-pelajar dari Singapura, Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk menyertai aktiviti interaktif kraf yang diadakan di perkarangan kompleks. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja bas-bas yang membawa pelajar-pelajar melawat ke Kompleks Kraf untuk menyertai aktiviti interaktif ini di samping membeli belah di Kedai Karyaneka dan Galeri Kraf yang menempatkan produk-produk usahawan kraf Negeri Sembilan. Interaktif kraf yang popular di kalangan para pelajar ialah anyaman bakul rotan selain daripada mewarna batik, tabung buluh dan seramik. Pada tahun 2011 sahaja, sebanyak 116 aktiviti interaktif kraf telah diadakan dengan penyertaan seramai 8,441 orang pelajar. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada Tahun 2012 supaya generasi muda dapat mengenali, menghayati dan menghasilkan kraf  tempatan yang merupakan seni warisan bangsa.
  
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Jan 4, 2012

Program "Jom Makan Durian"








"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Program "Jom Makan Durian"


Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammad Razi bin Haji Kail, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan telah menjemput semua agensi di bawah portfolio beliau untuk menyertai Program “Jom Makan Durian” dan Kempen “ 1 Malaysia Green & 1 Malaysia Clean” (1MG1MC) pada 29 Disember 2011 di Hutan Lipur Jeram Tengkek, Kuala Pilah. Program ini bertujuan untuk mempromosikan Hutan Lipur berkenaan sebagai destinasi pelancongan berteraskan eko-tourism serta menyemarakkan kempen 1MG1MC yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Selain dijamu dengan durian dan makan tengahari, para tetamu telah diberi sehelai plastik sampah seorang untuk memungut sampah di kawasan jeram berkenaan dan pengumpul sampah terbanyak diberi hadiah tajaan menginap di hotel Grand Lexis, Port Dickson. Majlis diakhiri dengan program sukaneka dan mandi-manda di Jeram Tengkek yang airnya bersih dan udaranya cukup nyaman.


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Jan 2, 2012

Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan







"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan


Promosi Kraf Malaysia 2011 Peringkat Zon Selatan telah diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru pada 15 – 25 Disember 2011. Seramai 16 orang usahawan kraf dari Negeri Sembilan telah menyertai promosi yang julung kali diadakan di Johor Bahru ini. Kebanyakan usahawan kraf Negeri Sembilan memuji promosi yang diadakan ini kerana publisiti dan sambutan orangramai amat menggalakkan. Terima kasih kepada usahawan kraf NS yang telah sama-sama menjayakan promosi ini.  Semoga pada Tahun 2012 lebih ramai lagi usahawan NS yang akan menyertai promosi- promosi anjuran Kraftangan Malaysia. 

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Program Interaktif Kraf Mega 2011









"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Program Interaktif Kraf Mega 2011


       Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan Program Interaktif Kraf Mega 2011 bersama 200 orang pelajar-pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan pada 20 Disember 2011 bertempat di UiTM Kampus Kuala Pilah. Penyertaan terdiri daripada pelajar-pelajar Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Perladangan dan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Program selama sehari itu bersempena dengan Minggu Mesra Pelanggan Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Negeri Sembilan. Tetamu Kehormat semasa majlis itu ialah Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammad Razi bin Haji Kail, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan yang turut melawat khemah Interaktif Kraf dan menyaksikan sendiri para pelajar menganyam bakul rotan. Beliau memuji usaha Kraftangan Malaysia mengadakan program-program pendidikan kraf  yang dapat mendidik generasi muda mengenali kraf untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan. 

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"