Mar 6, 2012

Kunjungi Pelukis Di Kompleks Kraf Negeri Sembilan







"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Kunjungi Pelukis Di Kompleks Kraf Negeri Sembilan

Persatuan Pelukis Negeri Sembilan mula beroperasi di Kompleks Kraf Negeri Sembilan (KKNS) pada 9 Februari 2012. Pelbagai hasil karya dan potret dipamerkan di ruang hadapan KKNS untuk jualan. Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri insan seni ini menghasilkan karya mereka. Anda juga berpeluang menempah potret sendiri dengan harga yang berpatutan. 

Bagi kanak - kanak yang berumur 6-12 tahun, daftar sekarang untuk mengikuti kelas lukisan (seni visual). Bayaran yang dikenakan sebanyak RM30.00 sebulan (4 kali kelas sebulan - 1 jam).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Mohd Faizal (013 – 2395567), Dan (017-6989722) atau Nasha (017-3494172).

"Melukis Dari Hati Riang Melukis Ceria Mewarna"
 
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Bazaar Kraf Bulanan






"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Bazaar Kraf Bulanan

29 Februari 2012 – Unit Pasaran dan Promosi telah mengadakan Bazaar Kraf Bulanan di perkarangan Kompleks Kraf Negeri Sembilan (KKNS) pada hari ini. Bazaar ini akan diadakan pada hari Rabu Minggu Ke 4 setiap bulan dari jam 10.00 pagi – 3.00 petang. Tujuan bazaar ini diadakan adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan lagi KKNS kepada orang ramai. Bazaar pertama yang diadakan pada hari ini telah disertai oleh 6 usahawan kraf NS dalam bidang batik, rotan, daun getah, songkok, aksesori manik dan kuih tradisional. Sambutan pada bulan pertama diadakan menggalakkan dan orang ramai yang terlepas peluang mengunjungi bazaar ini, JANGAN LUPA bazaar ini akan diadakan pada setiap bulan, minggu ke 4, hari Rabu. Datanglah beramai-ramai....

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Lawatan YB Dato’ Razi DI AEON Seremban 2












"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Mar 2, 2012

Lawatan YB Dato’ Razi DI AEON Seremban 2

Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammad Razi bin Haji Kail, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan Dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan kerana telah sudi berkunjung ke Promosi Kraf Malaysia di AEON (Jusco) Seremban 2 pada 15 Februari 2012. Kunjungan lebih 2 jam itu telah mendapat publisiti dan liputan media Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian dan RTM. Beliau sangat berpuas hati dengan pencapaian jualan di AEON Seremban 2 dan berharap promosi ini dapat diadakan 3 kali setahun. Promosi yang diadakan pada 9-19 Februari 2012 telah mecatat jualan sebanyak RM358,755.40 melebihi sasaran jualan yang ditetapkan sebanyak RM250,000.00. Terima kasih dan syabas kepada semua anggota kerja dan usahawan yang telah menjayakan promosi ini. Terima kasih juga kepada YB Dato’ Razi  di atas perhatian dan keperihatinan beliau dalam semua program yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"