May 23, 2012

Interaktif Kraf Di SMK Bukit Kepayang

Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (KMNS) telah mengadakan program Interaktif Kraf Anyaman Rotan sempena Majlis Perasmian SMK Bukit Kepayang, Garden Homes Seremban 2 pada 21 Mei 2012.  Majlis Perasmian ini disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Gerai KMNS turut dlawati oleh YAB Menteri Besar dan beliau melihat sendiri para pelajar menganyam rotan.  









"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

May 22, 2012

Hari Terakhir Pelajar Praktikal

Pada 18 Mei 2012 (Jumaat) satu majlis perpisahan pelajar praktikal iaitu Muhammad Hanaffi Bin Mohd Din pelajar program Diploma Reka Bentuk dari Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak Terengganu telah diadakan.

Beliau menjalani latihan dari 20 Mac 2012 hingga 19 Mei 2012 dan ditempatkan di bawah seliaan Puan Hayati Ilias iaitu Ketua Unit Rekaan. Dalam tempoh tersebut beliau banyak menyumbangkan idea dan membantu Unit Rekaan Cawangan dan telah menghasilkan produk hasil idea beliau sendiri.

Warga Kraf Negeri Sembilan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.
 





"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Seminar "Jom Sihat"

Pada 14 Mei 2012 (Isnin) telah di adakan satu seminar bertajuk “Jom Sihat”. Seminar ini telah diadakan di Kompleks Kraf Negeri Sembilan dan telah mengumpulkan semua anggota kerja dari Kompleks Kraf Negeri Sembilan (KKNS), Pusat Inkubator Kuala Pilah (PIKP) dan Pusat Inkubator Simpang Pertang(PISP).

Seminar ini bermula jam 8.30 dan berakhir jam 5.00 petang bertempat di Bilik VIP. Aturcara seminar dimulai dengan ceramah berkaitan “Penyakit Tidak Berjangkit” dan di ikuti dengan Teknik Pemeriksaan Kesihatan. Anggota kerja sangat teruja untuk mengetahui teknik pemeriksaan sendiri dan 10 orang anggota kerja yang mewakili ketiga-tiga premis KKNS, PISP dan PIKP telah dilantik menjadi fasilitator. Penceramah jemputan terdiri daripada Dr Hjh Rotina Binti Abu Bakar, Dr Siti Nurbaya Binti Shahrir dan di bantu oleh 2 orang  Ketua Jururawat iaitu Surya Binti Baki dan KJK Masitah Sulaiman dari Jabatan Kesihatan Negeri.
                                  
Pada sesi petang bermula jam 2.30 -4.30 petang di adakan ceramah bertajuk “Pemakanan Sihat” yang disampaikan oleh Puan Suriyati Binti Abd Rahman, Penolong Pengarah Kanan (Pemakanan). 











"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

May 18, 2012

Sambutan Hari Lahir Anggota Kerja Mac 2012


Pada tanggal 12 April 2012, Kelab Sukan Dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (KSKKMNS) telah mengadakan majlis sambutan hari lahir 6 orang anggota kerjanya yang lahir pada bulan Mac. 

Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa Selamat untuk Pengarah yang akan mengerjakan umrah pada 15 April 2012. Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Anggota Kerja dan diakhiri dengan Jamuan Makan Tengahari dan upacara memotong kek serta penyampaian hadiah hari lahir sumbangan KSKKMNS.










"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Lawatan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM)


9 April 2012 – Seramai 50 orang Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan UPM (Hasil Bukan Kayu) telah melawat Kompleks Kraf Negeri Sembilan, Pusat Inkubator Kraf Buluh Simpang Pertang dan Pusat Inkubator Kraf Kuala Pilah. Lawatan selama sehari ini diketuai oleh  Prof. Madya Dr. Azmy Haji Mohamed bertujuan untuk memberi pendedahan dan gambaran yang lebih jelas mengenai pemprosesan produk bersumberkan buluh dan rotan dan juga memberi peluang kepada pelajar untuk menganalisis nilai komersial hasil bukan kayu. Lawatan diakhiri dengan para pelajar mencuba bakat menganyam bakul rotan di Pusat Inkubator Kraf Kuala Pilah.
 






"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

May 10, 2012

Lawatan YB Dato’ Razi Sempena HKK 2012

 Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammad Razi bin Haji Kail, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan Dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan bersama isteri telah sudi meluangkan masa melawat Sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2012 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 1 April 2012. Kunjungan selama 3 jam itu telah diiringi oleh Pengarah Cawangan Negeri dan Pengarah Bahagian Usahawan. Beliau telah melawat kesemua 16 orang usahawan kraf NS yang menyertai promosi jualan dan meluangkan masa membeli-belah. Terima kasih Dato’ atas perhatian dan keperihatinan Dato’ yang sentiasa mengambil berat pembangunan industri kraf di Negeri Sembilan.







  "BUDI BAHASA BUDAYA KITA"