Jun 19, 2013


Lawatan Pengamal Media Dan Agensi Pelancongan Ke Kompleks Kraf Negeri Sembilan Sempena Program NS Food Trail 2013






Seremban, 12 Jun 2013 – Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menerima kunjungan seramai 60 orang pengamal media dan agensi pelancongan sempena program NS Food Trail 2013 anjuran Tourism Malaysia Negeri Sembilan. Program yang bertujuan untuk mempromosikan keunikan masakan “nogori” turut memilih Kompleks Kraf Negeri Sembilan sebagai salah satu destinasi pelancongan untuk dilawati.



Ketibaan rombongan pada jam 9.00 pagi di sambut oleh Pengarah dan anggota kerja PKKM cawangan Negeri Sembilan dengan diiringi oleh muzik tradisional Negeri Sembilan muzik “Pa’ Cik”.  Rombongan berpeluang mewarnai batik, menganyam rotan, membuat seramik dan melihat demonstrasi pembuatan bakul boko daripada buluh. Mereka kemudian dibawa melawat Galeri Kraf dan Kedai Karyaneka  dan juga mendengar taklimat yang disampaikan oleh Encik Nazmir Jamaludin. 



Semoga lawatan dari pengamal media dan agensi pelancongan ini dapat mempromosikan lagi Kompleks Kraf Negeri Sembilan sebagai salah sebuah daripada sepuluh ikon pelancongan yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sembilan.





"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

PROMOSI KERJA KAHWIN 2013


Kraftangan Malaysia menganjurkan Promosi Kerja Kahwin 2013 pada 19 Jun hingga 1 Julai 2013 bermula pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Antara aktiviti - aktiviti menarik seperti:-


Untuk maklumat lanjut, layari www.kraftangan.gov.my atau hubungi terus :

PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA
Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay 50450 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2162 7459
Faks: 03-2161 2622
Emel: webmaster@kraftangan.gov.my


 Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"