Jul 29, 2016

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 1437H/2016M KRAFTANGAN MALAYSIA CAW. NEGERI SEMBILAN


Pada 28 Julai 2016 bersamaan 23 Syawal 1437H telah diadakan Majlis Jamuan Hari Raya  bertempat di perkarangan dan tempat letak kereta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Cawangan Negeri Sembilan, Kuala Pilah anjuran Unit Pentadbiran dan Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan. Pada majlis ini juga turut diraikan Encik SH Armansah SH Yasin yang akan berpindah ke PKKM Cawangan Sabah pada 1 September 2016. Majlis ini turut diserikan dengan sesi bergambar dan cabutan hadiah serta pelbagai juadah menarik yang disediakan. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan silatulrahim diantara anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan.

Tuan Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menyampaikan ucapan

Pengarah menyampaian cenderamata kepada Armansah
Sesi bergambar anggota kerja Kraftangan Malaysia Caw. Negeri Sembilan
Bersama hadiah masing-masing

Anggota kerja lelaki bergambar kenang-kenangan
Giliran anggota kerja perempuan bergambar kenang-kenangan
Atuk, Kamal dan Khalil menjamu selera