Dec 29, 2011
Majlis Sambutan Hari Lahir
Kelab Sukan dan
Kebajikan Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan (KSKKMNS) telah mengadakan Majlis
Sambutan Hari Lahir Anggota Kerja buat kali kelima pada tahun 2011. Majlis ini
diadakan pada 21 Disember 2011 setelah selesai Mesyuarat Anggota Kerja di Pusat
Inkubator Kraf Kuala Pilah. Seramai 10 orang anggota kerja yang lahir pada bulan Oktober, November dan Disember
telah diraikan dengan upacara memotong kek dan penyampaian hadiah hari lahir
daripada KSKKMNS. Majlis ini merupakan penutup tirai Tahun 2011 setelah kesemua
hari lahir 34 orang anggota kerja diraikan oleh KSKKMNS. Semoga semua anggota
kerja dianugerahkan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan
rezeki. Amin...
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Dec 19, 2011
Perhimpunan Bulanan & Mesyuarat Pengurusan
PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5/2011
&
MESYUARAT PENGURUSAN CAWANGAN BIL 14/2011 Tarikh :
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Pusat Inkubator Kuala Pilah
**Disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan tarikh Perhimpunan & Mesyuarat telah dipinda ke tarikh tersebut.
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Pewaris Muda 1 Malaysia
Pada tarikh 10 - 12 November 2011, satu program “ PEWARIS
MUDA 1 MALAYSIA “ yang dianjurkan secara ‘smart partnership’ oleh Jabatan
Penerangan Negeri Sembilan bersama Komuniti BESTARI Daerah Jelebu dan disertai
pelajar-pelajar Institiut Pengajian Tinggi (IPTA) yang terpilih telah
dilaksanakan dengan jayanya.
Program ini telah dilangsungkan selama tiga hari bertujuan untuk memupuk penghayatan 1Malaysia
seperti yang dilaungkan oleh Pemimpin
Negara. Program ini telah diadakan di kawasan
FELDA Titi di Jelebu yang indah dan permai.
Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan tidak melepaskan
peluang menyertai aktiviti pameran
sebagai tanda sokongan kepada Jabatan Penerangan Negeri Sembilan. Pameran
bertujuan mempromosikan Kraf Negeri Sembilan kepada masyarakat setempat dan
pelajar IPTA yang berkampung selama tiga hari disana. Selain mengadakan jualan
kraf yang disertai oleh Kelab Usahawan Negeri Sembilan, kami juga
mengadakan slot interaktif kraf dalam bidang anyaman rotan.
Program telah dirasmikan oleh YB Dato’ Siow Chen Pin, selaku
ADUN Chennah dan disempurnakan penutupannya oleh Dato’ Seri Utama Dr Rais
Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan merangkap Ahli Parlimen
Jelebu Negeri Sembilan.
Warga Kraf Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih kepada
semua yang hadir dan kami berharap kraf
Malaysia akan di minati oleh semua golongan masyarakat dimasa depan.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Dec 15, 2011
Lawatan Ahli-Ahli KRT Induk Taman Johor Jaya A
Seramai 80 orang Ahli-Ahli KRT Induk Taman Johor
Jaya A, Jiran Wanita dan Jiran Muda beserta keluarga telah mengunjungi
Kompleks Kraf Negeri Sembilan pada 22
November 2011. Lawatan selama 2 jam itu telah di isi dengan seramai 50 orang
ahli menyertai aktiviti Interaktif Kraf Anyaman Bakul Rotan. Kebanyakan ahli
merasa seronok mempelajari dan menghasilkan bakul rotan disamping membeli belah
produk-produk kraf usahawan Negeri Sembilan untuk dijadikan cenderamata
kenangan. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan sumber inspirasi
kepada Ahli-Ahli KRT megenai hasil seni kraftangan yang boleh dijadikan sumber
pendapatan.
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Dec 13, 2011
Lawatan Rasmi Timbalan Ketua Pengarah Operasi
Pada 23 November 2011, Timbalan Ketua Pengarah
(Operasi) telah membuat lawatan rasmi ke
Cawangan Negeri Sembilan. TKP(O) telah menyampaikan amanat beliau kepada semua
anggota kerja. Semoga taklimat yang diberikan oleh TKP(O) memberi gambaran kepada semua anggota kraftangan
Negeri Sembilan mengenai transformasi kraftangan Malaysia secara
keseluruhannya.
Amanat Disampaikan Oleh TKP(O)
Penyampaian cenderamata kepada TKP(O)
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Subscribe to:
Posts (Atom)