Jul 4, 2012

Promosi Kraf Mantai 2012



Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Promosi Kraf Mantai 2012 sempena menyambut bulan Ramadhan 1433H iaitu pada 18 Julai - 19 Julai 2012, bertempat di perkarangan Kompleks Kraf Negeri Sembilan. Diantara aktiviti yang diatur adalah seperti jualan kraf (produk rotan, buluh, batik, pewter dll), jualan masakan tradisional (lemang, bahulu, dodol, rendang dll), jualan busana muslim (pakaian, tudung, songkok dll), jualan daging lembu (sempena mantai Ramadhan) dan aktiviti interaktif kraf.


Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Promosi Kraf Mantai 2012


Pelan Lokasi ke Kompleks Kraf Negeri Sembilan
Sebarang pertanyaan, sila hubungi
Urusetia Promosi Kraf Mantai 2012
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Negeri Sembilan
Kompleks Kraf Negeri Sembilan
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70503, Seremban
Negeri Sembilan
06-7671388 ( T )
06-7671450 ( F )


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

SALAM PERPISAHAN



Seremban, - 29 Jun 2012 merupakan hari terakhir Mohamad Faizal Mohamad Salleh, Pembantu Tadbir berkhidmat di Cawangan Negeri Sembilan. Beliau akan terus menyumbangkan bakti di Cawangan Kelantan iaitu negeri kelahiran beliau mulai 1 Julai 2012. Terima kasih di atas sumbangan beliau selama hampir 4 tahun dan semoga berkhidmat dengan lebih cemerlang di tempat baru. Kami di Cawangan Negeri Sembilan pasti merinduinya setiap masa.

-Selamat Maju Jaya-




"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"