Nov 28, 2013

JADUAL ACARA


Promosi Kraf Malaysia 2013 sedang berlangsung di Pasar Raya Besar Giant Senawang sehingga 1 Disember 2013. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Jualan Kraf, Jualan Masakan Tradisional, Interaktif Kraf dan Persembahan Kesenian. 



Orang ramai dijemput hadir

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Oct 10, 2013

SALAM TAKZIAH BUAT TUAN HAJI RAMLI B. HJ. MOHD NOR.




Assalamualaikum


Puan Hajah Rahimah Binti Kadir
1954 - 2013


Dukacita dimaklumkan bahawa isteri kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Tuan Haji Ramli Bin Mohd Noor, iaitu Puan Hajah Rahimah Binti Kadir telah kembali kerahmatullah pada hari Rabu, 9 Oktober 2013 bersamaan 4 Zulhijjah 1434H di Hospital Seremban, Negeri Sembilan. 


 
Allahyarhamah adalah Timbalan Pengerusi II, PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia.  

Marilah kita sama-sama sedekahkan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan 
di kalangan orang-orang yang beriman.
InsyaAllah...Amin.



Al-Fatihah 





"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Sep 25, 2013

MESYUARAT ANGGOTA KERJA DAN MAJLIS BERSAMA USAHAWAN


Pada 24 September 2013, telah di adakan Mesyuarat Anggota Kerja dan Majlis Bersama Usahawan Kraf Negeri Sembilan. Pada hari tersebut juga di adakan Majlis Bacaan Yasin dan Tazkirah Pagi serta majlis sambutan hari lahir anggota kerja....



 Majlis Bacaan Yasin dan Tazkirah Pagi di sampaikan oleh Ustaz Syamil Izuddin Mohamed Yusof Imam Masjid Al Firdaus Melang Kuala Pilah





Mesyuarat Anggota Kerja Bil 3/2013


Kek Hari Jadi 

















Sumbangan dari Kelab Sukan dan Kakitangan NS 


















Majlis bersama usahawan Negeri Sembilan telah di hadiri oleh lebih 40 orang usahawan daripada pelbagai bidang. Untuk menghargai penglibatan usahawan dalam bidang kraf, Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan telah menanugerahkan beberapa kategori hadiah iaitu:

Anugerah Pencapaian Cemerlang Mengikut Bidang
1. Bidang Kayu - Mentaus Craft
2. Bidang Rotan-Zafialno Enterprise
3. Bidang Batik - Norhaliza Batik Kraf
4. Bidang Aneka- Roslan Salbaini Enterprise
5. Bidang Seramik - Charima Ceramic

Anugerah Penghargaan Pengarah
1. Kategori Inovasi - Mentaus Craft
2. Kategori Reka Cipta - Serting Ilir Kraf
3. Kategori Inovasi Dan Kualiti - Seri Bambu Enterprise
4. Kategori Inkubator Cemerlang- Ok Kraf

Anugerah Jualan Tertinggi di Galeri Kraf
1. M&M Mustika Enterprise



"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Sep 20, 2013

Rekaan 2013

Rekaan Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013

Sempena Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013, unit rekaan menampilkan beberapa rekaan baru dan rekaan tambah nilai sebagai idea dekorasi tambahan kepada para pengunjung yang hadir. Semoga rekaan yang diilhamkan sedikit sebanyak dapat memenuhi citarasa masakini.






 





kunjungi
Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013 untuk melihat produk dengan lebih dekat lagi pada 27 September hingga 6 Oktober 2013.


.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Sep 19, 2013

Takwim Promosi 2013

Maklumat Terkini
Senarai Baki Aktiviti Promosi Kraftangan Malaysia 2013


* tertakluk kepada perubahan


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Sep 17, 2013

World Bamboo Day 2013

WORLD BAMBOO DAY 2013
1MONT KIARA MALL

Pada 14 - 16 September 2013 majlis sambutan ' World Bamboo Day 2013 ' telah diadakan di 1Mont Kiara Mall, Kuala Lumpur. Atas galakan pengurusan Pusat Inkubator Simpang Pertang dan inisiatif sendiri, usahawan inkubator Pusat Inkubator Simpang Pertang membawa nama Diamond Bamboosa Enterprise menyertai aktiviti pameran dan jualan di sana. Seluruh warga kraf amnya dan warga kraf Negeri Sembilan Khususnya berharap Diamond Bamboosa Enterprise berjaya mencipta nama dan berterusan menyumbang kepada industri kraf negara.







              "BUDI BAHASA BUDAYA KITA"