Jul 20, 2017

PENUTUPAN BLOG PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN


 Untuk makluman blog Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan ditutup berkuatkuasa 20 Julai 2017. 

Sehubungan dengan itu, segala informasi berkaitan hebahan aktiviti cawangan akan dimaklumkan melalui satu laman/ page yang akan dimaklumkan kemudian.

Harap maklum.

Kemaskini:

Sudi-sudikan like page kami:

https://www.facebook.com/kraftanganmalaysian9

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Jun 22, 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1438H/2017M


 
Kami warga  Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017M dengan ingatan tulus ikhlas Maaf Zahir & Batin kepada semua.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu keberkatan kepada semua.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap dimaafkan 

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Jun 13, 2017

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2017

 



Datanglah beramai-ramai.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

PROGRAM INTERAKTIF SEPANJANG BULAN JUN 2017


Sepanjang bulan Jun 2017, Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan 2 program interaktif kraf iaitu pada 1 Jun dan 6 Jun 2017 melibatkan hampir 176 orang peserta. Berikut adalah gambar semasa program tersebut berlangsung:

Tarikh Program : 1 Jun 2017





Tarikh Program : 6 Jun 2017









"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

May 26, 2017

CERAMAH INTEGRITI 'KEBERKATAN DALAM KERJAYA'

Dengan objektif bagi meningkatkan kefahaman anggota kerja Kraftangan Malaysia berkenaan integriti dalam menjalankan tugas, Unit Integriti Ibu Pejabat dengan kerjasama Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan ceramah integriti dengan tajuk 'Keberkatan dalan Kerjaya'  pada 23 Mei 2017 yang lalu. Program ini turut disertai Pengarah Cawangan Johor dan anggota kerja dari Cawangan Melaka dan Johor. Penceramah bagi program ini adalah Puan Hajah Khuzaimah binti Haji Sulaiman yang merupakan Tokoh Guru Kebangsaan 2017 . Beliau sering menerima jemputan sebagai penceramah bagi bidang pendidikan dan integriti. Semoga dengan adanya program ini akan meningkatkan kefahaman dan kesedaran di kalangan peserta berkenaan kepentingan integriti dalam menjalankan tugas.


 

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

May 22, 2017

INTERAKTIF KRAF BERSAMA SJKC IJOK

Seramai lebih kurang 44 orang murid dan guru SJKC Ijok, Kuala Selangor telah mengadakan lawatan ke Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Kuala Pilah pada 20 Mei 2017 yang lalu. Mereka telah diberi tunjuk ajar di dalam membuat anyaman bakul rotan oleh tenaga pengajar.





"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

KARNIVAL MINGGU PKS 2017 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Pada 19 Mei 2017 sehingga 21 Mei 2017 telah berlangsung  Karnival Minggu PKS 2017 sempena bulan usahawan Negeri Sembilan bertempat di Mydin Mall, Seremban 2. Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah terlibat dalam menjayakan aktiviti interaktif kraf di kalangan pengunjung. Empat usahawan Kraftangan Negeri Sembilan turut bersama-sama menyertai karnival ini dengan membuka booth jualan ialah:

   a. Roslan Salbaini
   b. Zafialno Enterprise 
   c. M&M Mustika Enterprise
   d. D'Kesuma Collection

Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. 





 

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

PROGRAM TERAPI KRAFTANGAN PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN KEPIS BAGI BULAN MEI 2017


Sekitar program terapi kraftangan bersama Sekolah Kebangsaan Kepis yang telah diadakan pada 17 Mei 2017.




 

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

May 19, 2017

SELAMAT BERTUGAS KEPADA ENCIK MOHAMAD RIZAN

Mohamad Rizan Mohamad Nordin


Tanggal 15 Mei 2017 yang lalu, Encik Mohamad Rizan Mohamad Nordin menerima tugas sebagai Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan bagi menggantikan Encik Abdul Halim bin Ali yang telah bertukar ke Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah. Sebelum ini, Encik Mohamad Rizan  bertugas di Kraftangan Malaysia Cawangan Perak. 

Seluruh warga kraftangan Negeri Sembilan mengalu-alukan kedatangan Encik Mohamad Rizan dan akan memberikan kerjasama penuh dalam merialisasikan kehendak pengurusan dalam meningkat dan memajukan industri kraf di negeri ini.

 Seluruh warga kraftangan Negeri Sembilan turut merakamkan penghargaan kepada bekas Pengarah Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan, Encik Abdul Halim atas sumbangan beliau membangunkan dan memajukan kraftangan di Negeri Sembilan. Semoga maju jaya juga diucapkan kepada beliau dan selamat bertugas di Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah.


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

May 15, 2017

PROGRAM WARISAN BUDAYA SENI @ NOGOGHI

Pada 12 Mei dan 13 Mei 2017, Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan serta usahawan Galor Mewah Enterprise dan Temuan Abo telah terlibat dalam menjayakan program Warisan Budaya Seni@Nogoghi di Homestay Laman Bangkinang, Kampung Tapak, Batu Kikir. Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Mas Ermieyati binti Shamsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 




 
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

KUNJUNGAN DARI SJKC LICK HUNG

Pihak cawangan Negeri Sembilan telah menerima kunjungan dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lick Hung, Subang Jaya, Selangor pada 13 Mei 2017 yang lalu. Seramai lebih kurang 220 orang terdiri daripada guru-guru dan pelajar-pelajar telah menyertai sesi interaktif bakul rotan dengan tunjuk ajar dari tenaga pengajar.

Berikut adalah gambar semasa program Interaktif tersebut:

 


 

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

May 5, 2017

BENGKEL ANYAMAN ROTAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU SYED SYAABAN, TAMPIN


Pada  3 Mei 2017 yang lalu, Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan bengkel mengayam bakul rotan di Sekolah Kebangsaan Tunku Syed Syaaban melibatkan 70 orang peserta terdiri daripada guru dan pelajar sekolah berkenaan.

 




"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Apr 28, 2017

INTERAKTIF KRAF DI SEKOLAH KEBANGSAAN SENAWANG 3

Pada 27 April 2017, Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah berbesar hati menerima jemputan dari Sekolah Kebangsaan Senawang 3 bagi mengadakan program Interatif Kraf melibatkan guru dan pelajar-pelajar tahun 4, 5 dan 6 sekolah berkenaan.



 

 
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"