Dec 29, 2011

Majlis Sambutan Hari Lahir












"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Majlis Sambutan Hari Lahir


Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan (KSKKMNS) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir Anggota Kerja buat kali kelima pada tahun 2011. Majlis ini diadakan pada 21 Disember 2011 setelah selesai Mesyuarat Anggota Kerja di Pusat Inkubator Kraf Kuala Pilah. Seramai 10 orang anggota kerja yang lahir  pada bulan Oktober, November dan Disember telah diraikan dengan upacara memotong kek dan penyampaian hadiah hari lahir daripada KSKKMNS. Majlis ini merupakan penutup tirai Tahun 2011 setelah kesemua hari lahir 34 orang anggota kerja diraikan oleh KSKKMNS. Semoga semua anggota kerja dianugerahkan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin... 

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Dec 19, 2011

Perhimpunan Bulanan & Mesyuarat Pengurusan

                                PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5/2011
&
                    MESYUARAT PENGURUSAN CAWANGAN BIL 14/2011 

                             Tarikh      :      20 Dis  2011 21 Dis 2011

                             Masa        :      8.00 pagi - 5.00 petang
                             Tempat     :      Pusat Inkubator Kuala Pilah

**Disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan tarikh Perhimpunan & Mesyuarat telah dipinda ke tarikh tersebut.

                                                             "BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Pewaris Muda 1 Malaysia


Pada tarikh 10 - 12 November 2011, satu program “ PEWARIS MUDA 1 MALAYSIA “ yang dianjurkan secara ‘smart partnership’ oleh Jabatan Penerangan Negeri Sembilan bersama Komuniti BESTARI Daerah Jelebu dan disertai pelajar-pelajar Institiut Pengajian Tinggi (IPTA) yang terpilih telah dilaksanakan dengan jayanya.

Program ini telah dilangsungkan selama tiga hari  bertujuan untuk memupuk penghayatan 1Malaysia seperti yang  dilaungkan oleh Pemimpin Negara. Program ini telah  diadakan di kawasan FELDA Titi di Jelebu yang indah dan permai.

Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan tidak melepaskan peluang  menyertai aktiviti pameran sebagai tanda sokongan kepada Jabatan Penerangan Negeri Sembilan. Pameran bertujuan mempromosikan Kraf Negeri Sembilan kepada masyarakat setempat dan pelajar IPTA yang berkampung selama tiga hari disana. Selain mengadakan jualan kraf  yang disertai oleh  Kelab Usahawan Negeri Sembilan, kami juga mengadakan slot interaktif kraf dalam bidang anyaman rotan.

Program telah dirasmikan oleh YB Dato’ Siow Chen Pin, selaku ADUN Chennah dan disempurnakan penutupannya oleh Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan merangkap Ahli Parlimen Jelebu Negeri Sembilan.
Warga Kraf Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan kami  berharap kraf Malaysia akan di minati oleh semua golongan masyarakat dimasa depan.











"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Dec 15, 2011

Lawatan Ahli-Ahli KRT Induk Taman Johor Jaya A





"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Lawatan Ahli-Ahli KRT Induk Taman Johor Jaya A

Seramai 80 orang Ahli-Ahli KRT Induk Taman Johor Jaya A, Jiran Wanita dan Jiran Muda beserta keluarga telah mengunjungi Kompleks  Kraf Negeri Sembilan pada 22 November 2011. Lawatan selama 2 jam itu telah di isi dengan seramai 50 orang ahli menyertai aktiviti Interaktif Kraf Anyaman Bakul Rotan. Kebanyakan ahli merasa seronok mempelajari dan menghasilkan bakul rotan disamping membeli belah produk-produk kraf usahawan Negeri Sembilan untuk dijadikan cenderamata kenangan. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan sumber inspirasi kepada Ahli-Ahli KRT megenai hasil seni kraftangan yang boleh dijadikan sumber pendapatan.

 "BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Dec 13, 2011

Lawatan Rasmi Timbalan Ketua Pengarah Operasi

Pada 23 November 2011, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) telah membuat  lawatan rasmi ke Cawangan Negeri Sembilan. TKP(O) telah menyampaikan amanat beliau kepada semua anggota kerja. Semoga taklimat yang diberikan oleh TKP(O) memberi  gambaran kepada semua anggota kraftangan Negeri Sembilan mengenai transformasi kraftangan Malaysia secara keseluruhannya.




 Amanat Disampaikan Oleh TKP(O)


 
Penyampaian cenderamata kepada TKP(O)
 
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Nov 1, 2011

Interaktif Kraf Selepas Tamat UPSR Dan PMR





"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Interaktif Kraf Selepas Tamat UPSR Dan PMR

Seramai 70 orang pelajar dari SK Seremban 2A telah menyertai aktiviti Interaktif Kraf Anyaman Rotan pada 10 Oktober 2011 di perkarangan Kompleks Kraf Negeri Sembilan. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti luar kepada mereka setelah selesai menduduki peperiksaan UPSR dan PMR. Pihak Kraftangan Malaysia NS juga telah mengadakan aktiviti yang sama kepada para pelajar Tingkatan 3 di dua buah sekolah iaitu di SMK Puteri, Seremban pada 17 Oktober 2011 dengan penyertaan 150 orang pelajar yang menyertai interaktif kraf anyaman rotan dan mewarna batik. Manakala pada 25 Oktober 2011, seramai 8 orang tenaga pengajar kraf telah mengajar 150 orang pelajar membuat bakul rotan di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban. Semoga program – program sebegini dapat memberi manafaat kepada para pelajar untuk lebih mengenali kraf tempatan. 

 "BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Oct 21, 2011

Karnival Ampangan 2011




 "BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Karnival Ampangan 2011




Juru Lapor        :  Waheeda Hussain
Bahagian          :   Kompleks Kraf Negeri Sembilan

Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah menyertai aktiviti pameran dan jualan kraf sempena Karnival Ampangan yang telah diadakan pada 13 – 15 Oktober 2011 di Bandar Baru Ampangan. Karnival ini diadakan sempena Lawatan Kerja Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin ke Negeri Sembilan. 

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Oct 11, 2011

Majlis Sambutan Hari Lahir & Selamat Bersara

Pada tanggal 3 Oktober 2011, pihak pengurusan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dan KSKKMNS telah mengadakan jamuan bagi meraikan persaraan dan hari lahir Encik Aziz Saleh, Pereka(B17) Pusat Inkubator Kraf Kuala Pilah.

Encik Aziz Saleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Aziz telah berkhidmat lebih daripada 32 tahun dengan Kraftangan Malaysia bermula 1 Februari 1979 hingga 26 September 2011. Beliau merupakan seorang anggota kerja yang berhemah tinggi, berdedikasi dan hasil kerja rotan beliau sangat kemas dan berkualiti.

Pada majlis tersebut, Pengarah telah menyampaikan cenderamata persaraan daripada pihak pengurusan Kraftangan Malaysia. Manakala Encik Tajudeen (Pengerusi KSKKMNS) telah menyampaikan cenderamata dan hadiah hari lahir sumbangan KSKKMNS.

Kami warga kraf Negeri Sembilan mendoakan semoga Cikgu Aziz diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Amin.....


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Majlis Sambutan Hari Lahir & Selamat Bersara






"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Sep 19, 2011

Majlis Sambutan Hari Raya 2011

Pihak pengurusan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan bersama - sama dengan KSKKMNS dan Kelab Usahawan Kraf Negeri Sembilan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya pada 15 September 2011 di Kompleks Kraf Negeri Sembilan.

Pelbagai juadah dihidangkan dan tetamu dihiburkan dengan persembahan karaoke oleh anggota kerja dan usahawan kraf. Pada tahun ini, KSKKMNS sekali lagi telah bermurah hati untuk memberi duit raya kepada semua anggota kerja dan juga anak - anak anggota kerja yang disampaikan oleh Encik Mohamad Ali Bin Haji Mad Jais, Penasihat KSKKMNS. Terima kasih daun keladi.........





"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Jul 29, 2011

Sambutan Hari Lahir Dan Sukan

Oleh : Waheeda Hussain
           Bendahari KSKKMNS


Kelab Sukan Dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (KSKKMNS) telah mengadakan Sambutan Hari Lahir Anggota Kerja buat kali ketiga pada tahun ini. Seramai 4 orang anggota kerja iaitu Puan Rosmaliza, Cik Molny, Encik Ab Halim dan Encik Faizal yang lahir pada bulan Jun - Ogos telah diraikan pada 22 Julai 2011. Acara dimulakan dengan bacaan Yasin dan Mesyuarat Anggota Kerja. Pada sebelah tengahari diadakan upacara memotong kek dan penyampaian hadiah hari lahir daripada KSKKMNS.

Pada sebelah petang diadakan pertandingan sukan dalaman dart, karom dan pertandingan bowling di AEON Seremban 2.Majlis diakhiri dengan jamuan minum petang di Restoran Oriental City Park di Seremban 2.


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Jul 5, 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010


Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
dari Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan :-

1. Puan Waheeda Hussain - Pen. Pegawai Ehwal Ekonomi Kanan E32

2. Encik Mohamed Tajudeen bin Salleh - Pembantu Ehwal Ekonomi Kanan E22

3. Encik Ridzuan bin Manaf - Pekerja Am R4

Semoga anugerah ini akan memberi semangat dan dorongan untuk berusaha lebih gigih lagi
bagi menaikkan imej Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan.




"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Jun 14, 2011

Temasya Sukan JKPKPKK NS 2011

Pada 25 Mei hingga 26 Mei 2011, Temasya Sukan JKPKPKK NS 2011 Kali Pertama telah diadakan dengan jayanya. Temasya sukan berlangsung di tiga venue iaitu di perkarangan Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan ( sukan dalaman ), Kompleks Belia dan Sukan Paroi ( futsal ) dan Seremban Parade ( tenpin boling ). Sebanyak 7 acara sukan di pertandingkan iaitu sukan carrom, dart, catur, tenpin boling, ping pong, futsal dan congkak. Secara keseluruhannya, Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan berada pada kedudukan ke-3 dengan pungutan pingat 1 emas (carrom), 1 perak (congkak) dan 2 gangsa (ping pong, tenpin boling).

Temasya sukan ini diadakan adalah bertujuan mengajak semua warga KPKK Negeri Sembilan tidak melupakan amalan gaya hidup sihat yang menjanjikan badan yang sihat dan minda yang cerdas dalam menjalankan tugas harian. Selain itu, aktiviti sukan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan keluarga KPKK Negeri Sembilan supaya kerjasama yang lebih mantap dapat diwujudkan bersama.

Temasya sukan kali pertama ini telah dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan dan majlis penutup disempurnakan oleh YBHG Dato' Kamaruddin Siaraf Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia pada 29 Mei 2011





Sebahagian gambar aktiviti


Kami warga Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan mengucapkan tahniah kepada Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan kerana berjaya menganjurkan sukan buat kali pertama dan terima kasih kepada YBHG Dato' Kamaruddin Siaraf atas kesudian beliau menyempurnakan majlis penutup Temasya Sukan JKPKPKK NS 2011 dengan jayanya.

sekian....~


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"