Apr 26, 2017

MAJLIS SEKALUNG PENGHARGAAN

Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah menganjurkan Majlis Sekalung Penghargaan pada 21 April 2017 bersamaan 24 Rejab 1438H bertempat di Bengkel B1. Majlis bagi meraikan anggota kerja cawangan yang bersara iaitu Encik Ghazali Tahir, Encik Razali Ishak dan Puan Sharifah Mohd Nor serta pertukaran Pengarah, Encik Abdul Halim Ali ke Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah. Majlis ini turut dihadiri Yang Berusaha Encik Mohd Noor Effendy bin Abdul Karim, Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan. 

 






Berikut adalah info berkenaan pesara-pesara yang diraikan:

Encik Ghazali Tahir yang lebih mesra dipanggil 'Atuk' telah berkhidmat sebagai anggota kerja Kraftangan Malaysia selama 40 tahun dan bersara wajib pada tanggal 22 Mac 2017 yang lalu. 




Manakala Encik Razali Ishak telah berkhidmat selama 33 tahun dan memilih untuk bersara pilihan pada 1 April 2017. 
  
Puan Sharifah Mohd Nor pula  memilih untuk bersara pilihan pada 2 Mei 2017 setelah berkhidmat selama 38 tahun bersama Kraftangan Malaysia.
  
Pihak cawangan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pesara-pesara diatas perkhidmatan dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang menjadi anggota kerja Kraftangan Malaysia dan mendoakan semoga pesara-pesara dikurniakan kesihatan yang baik dan kehidupan yang sejahtera. 

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2017



Semua dijemput hadir.


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Apr 17, 2017

KARNIVAL PENDIDIKAN KHAS SEK MEN KEB BAHAU


Bertarikh 13 April 2017, pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah terlibat di dalam mengadakan program interaktif sempena Karnival Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau.
 

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Apr 11, 2017

ANUGERAH REMAJA PERDANA


Anugerah Remaja Perdana telah diadakan pada 18 Mac sehingga 22 Mac 2017 bertempat di Temuan Abo Craft, Kampung Orang Asli, Ulu Chembong, Rembau, Negeri Sembilan. Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan bersama-sama pelbagai agensi turut terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Seramai 150 orang peserta terdiri daripada golongan remaja dari pelbagai peringkat umur telah menyertai program ini yang telah dirasmikan oleh YB Khairy Jamaludin, Menteri Belia dan Sukan pada 21 Mac 2017. Melalui penganjuran program ini, diharapkan dapat memajukan budaya seni dan warisan serta kraftangan di Kampung Orang Asli Ulu Chembong, Rembau selain dapat mendekatkan seni kraf anyaman kepada generasi muda.

 
 
 
  
 
 
 

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Apr 5, 2017

PETA PRODUK KRAFTANGAN NEGERI SEMBILAN




'Klik gambar untuk imej yang lebih jelas'


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

PROGRAM TERAPI KRAFTANGAN PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN KEPIS


Bermula bulan Mac 2017,Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Kuala Pilah bakal menerima kunjungan guru-guru dan murid-murid program Pendidikan Khas dari Sekolah Kebangsaan Kepis bagi mengadakan program terapi kraftangan kepada murid-murid berkenaan. Program ini akan diadakan sekali pada setiap bulan dan  dijangka berterusan sehingga bulan Oktober 2017.

Pada program ini,  murid-murid berkenaan diberi pendedahan untuk mengayam rotan dan seterusnya menghasilkan bakul.  Semoga program ini dapat menggalakkan murid-murid berkenaan menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian selain dari  mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokkan.


 
 

 
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Mar 16, 2017

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2017




Apa aktiviti menarik masa cuti sekolah nanti? Jom ke Promosi Kraf Malaysia 2017 yang akan diadakan pada 17 Mac sehingga 19 Mac 2017 bertempat di Tesco Extra, Seremban 2,  Negeri Sembilan.



Orang ramai dijemput hadir.


 
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Jan 27, 2017

PROGRAM LAWATAN YANG BERBAHAGIA KETUA PENGARAH PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA KE CAWANGAN NEGERI SEMBILAN DAN PUSAT INKUBATOR KRAF SIMPANG PERTANG


 Tanggal 19 Januari 2017 yang lalu, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Yang Berbahagia Hajah Zuraida binti Mokhtar  telah mengadakan lawatan ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Kuala Pilah dan Pusat Inkubator Kraf Simpang Pertang. Lawatan tersebut turut disertai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) YBrs. Encik Yusak bin Haji Mahamud, Pengarah Kanan, Bahagian Rekaan dan Penyelidikan, YBhg. Dato’ Mohd Zubair bin Md. Zain, Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Industri, Encik Ibrahim bin Haji Ismail serta pegawai- pegawai dari Unit Pembangunan Usahawan Kraf. 

Sempena lawatan Yang Berbahagia Ketua Pengarah bersama-sama rombongannya telah mengadakan sesi perjumpaan bersama semua anggota kerja Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, serta membuat tinjauan di bengkel-bengkel dan galeri dan bertemu usahawan inkubator. Pada sebelah petang, program diteruskan dengan lawatan Yang Berbahagia Ketua Pengarah ke Pusat Inkubator Kraf Simpang Pertang.  
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

LAWATAN PELAJAR PROGRAM DIPLOMA DAN SIJIL SENI KRAF ROTAN DAN BULUH, INSTITUT KRAF NEGARA




Pada 20 September 2016, seramai 22 pelajar dan 5 pegawai pengiring telah mengadakan lawatan ke PKKM Cawangan Negeri Sembilan, Kuala Pilah dan Pusat Inkubator Kraf Buluh, Simpang Pertang. Diantara tujuan utama lawatan tersebut adalah bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang industri kraf rotan dan buluh di Negeri Sembilan. Setibanya mereka di cawangan ini,taklimat ringkas telah diberikan dan kemudiannya mereka telah dibawa melawat bengkel-bengkel dan galeri pameran.