Apr 13, 2010

Promosi Kraf Malaysia 2010


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia sepertimana tersebut:

Tarikh : 05 - 08 Mei 2010
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Kompleks Kraf Negeri Sembilan

Objektif promosi ini ialah untuk membantu penjualan kraf usahawan disamping memperkenalkan Komplek Kraf Negeri Sembilan kepada orang ramai.Promosi Kraf Malaysia yang kedua kali diadakan ini akan memberi fokus dan keutamaan kepada pemasaran produk - produk dari rotan dan buluh serta produk kraf dari negeri - negeri lain. Aktiviti lain yang akan diadakan ialah aktiviti pameran, demonstrasi dan interaktif kraf, masakan tradisional, permainan tradisional dan persembahan kesenian.

Pelaksanaan Promosi Kraf Malaysia di Kompleks Kraf Negeri Sembilan diharap akan menambahkan lagi bilangan pengunjung seterusnya menjadikan kompleks ini sebagai salah sebuah pusat persinggahan yang terkenal di Negeri Sembilan.

Orang ramai adalah dialu alukan datang berkunjung Kompleks Kraf Negeri Sembilan bagi menjayakan promosi ini.


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH