Jan 10, 2011

Majlis Makan Malam Tahunan 2010

29 Disember 2010 - Kelab Sukan Dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (KSKKMNS)telah mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan 2010 di Selesa Beach Resort, Port Dickson. Majlis tersebut bermula dengan acara Sukaneka Pantai (Bola tampar pantai dan permainan "Semakin Jauh Semakin Sayang" ) dari jam 6.00 petang sehingga 7.00 malam.

Majlis makan malam yang bermula pada jam 8.30 malam telah disulami dengan pelbagai acara menarik antaranya penyampaian saguhati kepada AJK & ahli - ahli KSKKMNS, acara Cabutan Bertuah dan Pertandingan Karaoke Berduet antara anggota kerja . Majlis ini telah meninggalkan kenangan manis yang sukar dilupakan.

Semoga KSKKMNS terus maju untuk tahun 2011 demi kepentingan kesemua ahlinya.

Oleh :
Waheeda Hussain
Bendahari KSKKMNS

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH