Dec 19, 2011

Pewaris Muda 1 Malaysia


Pada tarikh 10 - 12 November 2011, satu program “ PEWARIS MUDA 1 MALAYSIA “ yang dianjurkan secara ‘smart partnership’ oleh Jabatan Penerangan Negeri Sembilan bersama Komuniti BESTARI Daerah Jelebu dan disertai pelajar-pelajar Institiut Pengajian Tinggi (IPTA) yang terpilih telah dilaksanakan dengan jayanya.

Program ini telah dilangsungkan selama tiga hari  bertujuan untuk memupuk penghayatan 1Malaysia seperti yang  dilaungkan oleh Pemimpin Negara. Program ini telah  diadakan di kawasan FELDA Titi di Jelebu yang indah dan permai.

Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan tidak melepaskan peluang  menyertai aktiviti pameran sebagai tanda sokongan kepada Jabatan Penerangan Negeri Sembilan. Pameran bertujuan mempromosikan Kraf Negeri Sembilan kepada masyarakat setempat dan pelajar IPTA yang berkampung selama tiga hari disana. Selain mengadakan jualan kraf  yang disertai oleh  Kelab Usahawan Negeri Sembilan, kami juga mengadakan slot interaktif kraf dalam bidang anyaman rotan.

Program telah dirasmikan oleh YB Dato’ Siow Chen Pin, selaku ADUN Chennah dan disempurnakan penutupannya oleh Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan merangkap Ahli Parlimen Jelebu Negeri Sembilan.
Warga Kraf Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan kami  berharap kraf Malaysia akan di minati oleh semua golongan masyarakat dimasa depan.











"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

1 comment:

TERIMA KASIH