Jan 6, 2012

Program Interaktif Kraf 2011


Kompleks Kraf Negeri Sembilan sentiasa menerima kunjungan pelajar-pelajar dari Singapura, Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk menyertai aktiviti interaktif kraf yang diadakan di perkarangan kompleks. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja bas-bas yang membawa pelajar-pelajar melawat ke Kompleks Kraf untuk menyertai aktiviti interaktif ini di samping membeli belah di Kedai Karyaneka dan Galeri Kraf yang menempatkan produk-produk usahawan kraf Negeri Sembilan. Interaktif kraf yang popular di kalangan para pelajar ialah anyaman bakul rotan selain daripada mewarna batik, tabung buluh dan seramik. Pada tahun 2011 sahaja, sebanyak 116 aktiviti interaktif kraf telah diadakan dengan penyertaan seramai 8,441 orang pelajar. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada Tahun 2012 supaya generasi muda dapat mengenali, menghayati dan menghasilkan kraf  tempatan yang merupakan seni warisan bangsa.
  
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH