Mar 2, 2012

Lawatan YB Dato’ Razi DI AEON Seremban 2

Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammad Razi bin Haji Kail, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan Dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan kerana telah sudi berkunjung ke Promosi Kraf Malaysia di AEON (Jusco) Seremban 2 pada 15 Februari 2012. Kunjungan lebih 2 jam itu telah mendapat publisiti dan liputan media Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian dan RTM. Beliau sangat berpuas hati dengan pencapaian jualan di AEON Seremban 2 dan berharap promosi ini dapat diadakan 3 kali setahun. Promosi yang diadakan pada 9-19 Februari 2012 telah mecatat jualan sebanyak RM358,755.40 melebihi sasaran jualan yang ditetapkan sebanyak RM250,000.00. Terima kasih dan syabas kepada semua anggota kerja dan usahawan yang telah menjayakan promosi ini. Terima kasih juga kepada YB Dato’ Razi  di atas perhatian dan keperihatinan beliau dalam semua program yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH