Dec 21, 2015

SELAMAT BERTUGAS

 SELAMAT BERTUGAS 

Pada 1 Disember 2015 yang lalu, Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menerima Pegawai Pentadbiran baru iaitu Puan Norshamsina Binti Abdul Raub. Beliau memenuhi kekosongan yang ditinggalkan Puan Rosmaliza yang berpindah ke cawangan Kelantan. Puan Norshamsina sebelum ini bertugas di Institut Kraf Negara.




Semoga Negeri Sembilan terus berjaya atas khidmat beliau. Kami warga kraf Negeri Sembilan mengalu-alukan kedatangan Puan Norshamsina Binti Abdul Raub dan akan memberikan kerjasama penuh dalam merialisasikan kehendak pengurusan dalam meningkat dan memajukan industri kraf di negeri bertuah ini.


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

1 comment:

  1. puan tahniah diucapkan. semoga puan bertambah cemerlang gemilang terbilang dalam merialisasikan tugas. dari kami FOL

    ReplyDelete

TERIMA KASIH