Jun 14, 2011

Temasya Sukan JKPKPKK NS 2011

Pada 25 Mei hingga 26 Mei 2011, Temasya Sukan JKPKPKK NS 2011 Kali Pertama telah diadakan dengan jayanya. Temasya sukan berlangsung di tiga venue iaitu di perkarangan Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan ( sukan dalaman ), Kompleks Belia dan Sukan Paroi ( futsal ) dan Seremban Parade ( tenpin boling ). Sebanyak 7 acara sukan di pertandingkan iaitu sukan carrom, dart, catur, tenpin boling, ping pong, futsal dan congkak. Secara keseluruhannya, Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan berada pada kedudukan ke-3 dengan pungutan pingat 1 emas (carrom), 1 perak (congkak) dan 2 gangsa (ping pong, tenpin boling).

Temasya sukan ini diadakan adalah bertujuan mengajak semua warga KPKK Negeri Sembilan tidak melupakan amalan gaya hidup sihat yang menjanjikan badan yang sihat dan minda yang cerdas dalam menjalankan tugas harian. Selain itu, aktiviti sukan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan keluarga KPKK Negeri Sembilan supaya kerjasama yang lebih mantap dapat diwujudkan bersama.

Temasya sukan kali pertama ini telah dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan dan majlis penutup disempurnakan oleh YBHG Dato' Kamaruddin Siaraf Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia pada 29 Mei 2011





Sebahagian gambar aktiviti


Kami warga Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan mengucapkan tahniah kepada Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan kerana berjaya menganjurkan sukan buat kali pertama dan terima kasih kepada YBHG Dato' Kamaruddin Siaraf atas kesudian beliau menyempurnakan majlis penutup Temasya Sukan JKPKPKK NS 2011 dengan jayanya.

sekian....~


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

5 comments:

TERIMA KASIH