Nov 7, 2012

Perhimpunan Bulanan & Aktiviti KSKKMNS



Pada tanggal 31 Oktober 2012 (Rabu)  pihak pengurusan Kraftangan Malaysia dan Kelab Sukan Dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (KSKKMNS) telah mengadakan Sambutan Hari Lahir Anggota Kerja  kerja yang lahir pada bulan Ogos, Oktober dan November iaitu   iaitu Encik Ab Halim Ab Wahab, Encik Syed Jamaludin Syed Mohd Amin, Puan Norashela Abas dan Puan Rahimah Ibrahim.  


Majlis dimulakan dengan  bacaan Yasin dan Majlis tahlil bagi anggota kraftangan Cawangan Pahang iaitu arwah  Aziruddin Mohd Noor yang telah kembali ke rahmatulallah dan seluruh kaum muslimin dan muslimat yang telah meninggal kita. Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Anggota Kerja.  Pada sebelah petang diadakan upacara memotong kek dan penyampaian hadiah hari lahir daripada KSKKMNS. Pada sebelah petang pula diadakan pertandingan pertandingan bowling di Seremban Parade. Semua anggota kerja menunjukkan bakat yang terpendam dan pertandingan tersebut telah di menangi oleh kumpulan yang diketuai oleh Encik Yusof Ab Halim. Tahniah diucapkan...






Majlis Tahlil & Bacaan Yasin
Mesyuarat Anggota Kerja Bilangan 5/2012

Sumbangan dari Kelab Sukan&Kebajikan PKKM Negeri Sembilan


Kek Hari Jadi ...mmm sedap...
En.Syed,Puan Shela,Puan Rahimah & En Ab Halim memotong kek hari lahir mereka




Aksi -aksi semasa pertandingan bowling












Juara Bowling
Kumpulan Naib Juara
Tempat Ketiga
Pemenang bakat terpendam

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH