Nov 27, 2012

PROMOSI KRAF MALAYSIA NEGERI SEMBILAN 2012





Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia Negeri Sembilan 2012 pada 4 hingga 8 Disember 2012 bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, bertempat di pekarangan Kompleks Kraf Negeri Sembilan. Diantara aktiviti yang diatur adalah jualan produk kraf, jualan masakan tradisional, interaktif kraf, persembahan kesenian dan kutipan amal ‘Untukmu GAZA’, pertandingan permainan tradisional, pertandingan masak lomak cili api dan pelbagai aktiviti lain yang menarik menanti anda. 

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Promosi Kraf Malaysia 2012.





Sebarang pertanyaan, boleh hubungi

Urusetia Promosi Kraf Malaysia Peringkat Negeri Sembilan
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Negeri Sembilan
Kompleks Kraf Cawangan Negeri Sembilan
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70503, Seremban
Negeri Sembilan
06-7671388 ( Tel )
06-7671450 ( Faks )


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH