Feb 29, 2012

Majlis Persaraan & Sambutan Hari Lahir Feb 2012

Pada tanggal 24 Februari 2012, pihak pengurusan Kraftangan Malaysia dan Kelab Sukan Dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (KSKKMNS) telah mengadakan jamuan bagi meraikan persaraan Puan Rokiah Binti Md Shariff di Pusat Inkubator Kraf Kuala Pilah. Puan Rokiah atau lebih dikenali sebagai Kak Kiah telah berkhidmat lebih 32 tahun dengan Kraftangan Malaysia bermula pada 11 Januari 1980 sebagai Jurutaip sehinggalah 26 Februari 2012 sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan (N17).  

Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa Selamat untuk arwah ibu mertua Pengarah, ibu kepada Encik Tajudeen dan Encik Ghazali (Atok) yang telah meninggal dunia baru-baru ini dan seluruh kaum muslimin dan muslimat yang telah meninggalkan kita. Tidak lupa juga doa buat Encik Tajudeen dan isteri Puan Sharifah yang akan mengerjakan umrah pada 10 Mac 2012. Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Anggota Kerja pada sebelah tengahari.

Pada sebelah petang diadakan jamuan persaraan untuk Kak Kiah dan juga upacara memotong kek hari lahir Kak Kiah, Badrul Sham dan Malek. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Puan Mariam dan Puan Norain dari Bahagian Khidmat Pengurusan (Unit Sumber Manusia) ibu pejabat. Majlis diakhiri dengan Pengarah menyampaikan cenderamata persaraan daripada pihak pengurusan Kraftangan Malaysia dan Encik Tajudeen (Pengerusi KSKKMNS) telah menyampaikan cenderamata dan hadiah hari lahir sumbangan KSKKMNS.

Kami warga kraf Negeri Sembilan mendoakan semoga Kak Kiah sentiasa ceria, bersemangat, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Amin......jangan sodeh-sodeh yo.  
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH