Feb 9, 2012

Sambutan Hari Lahir Anggota Kerja Januari 2012


Kelab Sukan Dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (KSKKMNS) telah mengadakan majlis sambutan hari lahir 4 orang anggota kerjanya bersempena dengan Hari Keluarga yang diadakan di Ismah Beach Resort, Pengkalan Balak, Melaka pada 13-14 Januari 2012. Anggota kerja yang dimaksudkan ialah Waheeda (1 Januari), Lipah (2 Januari), Nazmir & Yusuf (3 Januari) yang menyambut hari lahir berturut-turut, telah diraikan dengan upacara memotong kek dan penyampaian hadiah hari lahir dari KSKKMNS. 

Semoga tahun 2012, rezeki KSKKMNS akan bertambah untuk mengadakan aktiviti kekeluargaan dan kebajikan di kalangan anggota kerjanya.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH