Dec 10, 2009

Lawatan Isteri Wakil Rakyat BN Negeri Kedah

Pada 6 Disember 2009, Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah menerima kunjungan khas daripada isteri - isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Kedah. Seramai 40 orang peserta yang terlibat dalam lawatan tersebut. Antara aktiviti - aktiviti yang telah dilaksanakan ialah demontrasi menganyam bakul hamper (rotan) dan mewarna batik. Walaupun lawatan tersebut terlalu singkat tetapi lawatan ini memberikan seribu makna kepada peserta kerana dapat merasa sendiri bagaimana produk rotan dan batik dihasilkan.




"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Nov 30, 2009

Kembara Kraf Warisan Anyaman Rotan

Pada 21 - 25 November , Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia menganjurkan Kembara Kraf Warisan Rotan 2009 bertempat di Homestay Lonek, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seramai 35 orang pelajar dan 5 orang guru dari sekolah - sekolah sekitar daerah Kuala Kangsar, Perak terlibat dalam aktiviti tersebut. Kembara Kraf Warisan adalah salah satu usaha Kraftangan Malaysia dalam menghebahkan seni kraf warisan negara kepada generasi muda dan masyarakat umum.






"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Nov 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum W.B.T

Kami kakitangan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua kakitangan Kraftangan Malaysia seluruh Malaysia.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Nov 19, 2009

Takziah Buat Puan Rokiah

Pada hari Rabu(18 November 2009) yang lalu, ibu kepada Puan Rokiah Binti Sharif, Pegawai Khidmat Pelanggan di Pusat Inkubator Kuala Pilah telah meninggal dunia. Ucapan Takziah kepada keluarga beliau. Semoga roh Allahyarham ibunya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Nov 17, 2009

Takziah Buat Puan Rahimah

Dukacita dimaklum bahawa suami kepada Puan Rahimah Binti Ibrahim, pereka di Pusat Inkubator Kuala Pilah telah kembali ke Rahmatullah pada 15 November 2009 (Ahad) di Kuala Pilah, N.Sembilan. Warga PKKM mengucapkan takziah kepada Puan Rahimah Binti Ibrahim dan keluarga. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Nov 15, 2009

Pelawat Dari Sri Lanka Dan Khazakstan

Pada 2 November 2009, Kompleks Kraf Negeri Sembilan telah menerima kunjungan dari peserta peserta Kebudayaan dari Negara Sri Lanka dan Khazakstan. Mereka mengunjungi Kompleks Kraf untuk mengenali identiti kraf dan membeli belah produk kraf Negeri Sembilan.



"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Nov 12, 2009

Bengkel Orientasi Pengeluaran Produk

Demi meningkatkan mutu dan kualiti dalam pengeluaran produk yang berasaskan buluh pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan satu bengkel Orientasi Pengeluaran Produk Buluh. Penceramah dari Indonesia yang berpengalaman dalam bidang buluh telah dijemput untuk memberikan tunjuk ajar dalam teknik - teknik penghasilan produk buluh yang lebih berkualiti dan bermutu. Tempat dan masa bengkel adalah seperti tersebut :

Tempat : Pusat Inkubator Kuala Pilah
Tarikh : 9 hingga 13 November 2009
Masa : 8:30 pagi hingga 10 malam

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"





Oct 15, 2009

Pengarah Baru


Pada 15 Oktober 2009, Encik Mohamad Ali Bin Hj. Mad Jais telah melaporkan diri di PKKM Negeri Sembilan sebagai pengarah PKKM Negeri Sembilan. Kedatangan beliau disambut dengan hati terbuka. Semoga kedatangan beliau akan membawa 1 perubahan.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Oct 14, 2009

Pertukaran Pengarah

Bermula 15 Oktober 2009, Tuan Pengarah PKKM Negeri Sembilan iaitu Encik Mat Rasul Bin Sidek telah berpindah ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan tempat beliau telah digantikan oleh Encik Mohamad Ali Bin Hj. Mad Jais. Jasa dan pengorbanan beliau kepada PKKM Negeri Sembilan akan tetap dikenang. Terima kasih atas segala - segalanya.

" BUDI BAHASA BUDAYA KITA "

Sep 17, 2009

Selamat Hari Raya


Kami staff Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Negeri Sembilan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua warga Kraftangan. Maaf Zahir Dan Batin......



"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Sep 9, 2009

ProMosi LaGiiii

Kunjungi la Promosi Kraf di Jusco Seremban 2....
bermula dari 4 sehingga 16 September 2009
dari Pukul 10 pagi hingga 10 malam

Datanglah Beramai ramai......

BUDI BAHASA BUDAYA KITA