"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Jan 27, 2012
Lawatan Pengerusi Kraftangan Malaysia
Seremban,
18 Januari 2012 – Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
menerima kunjungan Yang Berbahagia Dato’ Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kraftangan
Malaysia ke Kompleks Kraf Negeri Sembilan. Kunjungan selama 3 jam itu begitu bermanafaat kerana Dato’ Pengerusi
banyak memberi nasihat, perangsang dan idea bagaimana untuk mencapai Pelan
Transformasi Kraf menjelang Tahun 2016. Beliau juga menyarankan Kraftangan
Malaysia sebagai agensi pelaksana perlu peka dan prihatin dengan segala
dasar-dasar kerajaan dan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, YB
Menteri KPKK dan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Beliau juga meminta
publisiti Kompleks Kraf Negeri Sembilan diperluaskan lagi dengan membina
“Billboard” dan “Signage” serta mengadakan Majlis Minum Petang (Cocktail
Session) dengan menjemput semua ketua-ketua agensi kerajaan, swasta, media dan
agensi pelancongan
untuk lebih megenali Kompleks Kraf atau
dengan ertikata lain “to create awareness”. Beliau
tertarik hati dan memuji Program Interaktif Kraf
yang diadakan di Kompleks dan juga penubuhan
Kelab Usahawan Kraf Negeri Sembilan. Di
akhir ucapan beliau, beliau meminta Pengarah, pegawai-pegawai dan semua anggota
kerja supaya lebih “pro-active”, berfikir di luar kotak, membuat perancangan
mengikut “time line” dan menetapkan target sasaran kerana Tahun 2012 merupakan
tahun pelaksanaan dan pemantapan disamping kebajikan anggota kerja tidak
diabaikan. Beliau seterusnya melawat Bengkel Zafialno Enterprise (Rotan) dan
Bengkel M&M Mustika Enterprise (Batik) sebelum meneruskan lawatan ke
Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Jan 6, 2012
Program Interaktif Kraf 2011
Kompleks Kraf Negeri Sembilan sentiasa
menerima kunjungan pelajar-pelajar dari Singapura, Johor Bahru, Melaka, Negeri
Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk menyertai aktiviti interaktif
kraf yang diadakan di perkarangan kompleks. Sambutan yang diterima amat
menggalakkan dan boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja bas-bas yang membawa
pelajar-pelajar melawat ke Kompleks Kraf untuk menyertai aktiviti interaktif
ini di samping membeli belah di Kedai Karyaneka dan Galeri Kraf yang
menempatkan produk-produk usahawan kraf Negeri Sembilan. Interaktif kraf yang
popular di kalangan para pelajar ialah anyaman bakul rotan selain daripada
mewarna batik, tabung buluh dan seramik. Pada tahun 2011 sahaja, sebanyak 116
aktiviti interaktif kraf telah diadakan dengan penyertaan seramai 8,441 orang
pelajar. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada Tahun 2012 supaya
generasi muda dapat mengenali, menghayati dan menghasilkan kraf tempatan yang merupakan seni warisan bangsa.
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Jan 4, 2012
Program "Jom Makan Durian"
Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammad Razi bin Haji Kail,
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian,
Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan telah menjemput semua agensi
di bawah portfolio beliau untuk menyertai Program “Jom Makan Durian” dan Kempen
“ 1 Malaysia Green & 1 Malaysia Clean” (1MG1MC) pada 29 Disember 2011 di
Hutan Lipur Jeram Tengkek, Kuala Pilah. Program ini bertujuan untuk
mempromosikan Hutan Lipur berkenaan sebagai destinasi pelancongan berteraskan
eko-tourism serta menyemarakkan kempen 1MG1MC yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pelancongan Malaysia. Selain dijamu dengan durian dan makan
tengahari, para tetamu telah diberi sehelai plastik sampah seorang untuk
memungut sampah di kawasan jeram berkenaan dan pengumpul sampah terbanyak
diberi hadiah tajaan menginap di hotel Grand Lexis, Port Dickson. Majlis
diakhiri dengan program sukaneka dan mandi-manda di Jeram Tengkek yang airnya
bersih dan udaranya cukup nyaman.
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Jan 2, 2012
Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan
Promosi Kraf Malaysia 2011 Peringkat Zon
Selatan telah diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru pada 15 – 25 Disember 2011.
Seramai 16 orang usahawan kraf dari Negeri Sembilan telah menyertai promosi
yang julung kali diadakan di Johor Bahru ini. Kebanyakan usahawan kraf Negeri
Sembilan memuji promosi yang diadakan ini kerana publisiti dan sambutan
orangramai amat menggalakkan. Terima kasih kepada usahawan kraf NS yang telah
sama-sama menjayakan promosi ini. Semoga
pada Tahun 2012 lebih ramai lagi usahawan NS yang akan menyertai promosi-
promosi anjuran Kraftangan Malaysia.
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Program Interaktif Kraf Mega 2011
Kraftangan Malaysia Cawangan
Negeri Sembilan telah mengadakan Program Interaktif Kraf Mega 2011 bersama 200
orang pelajar-pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan pada 20 Disember 2011
bertempat di UiTM Kampus Kuala Pilah. Penyertaan terdiri daripada
pelajar-pelajar Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Perladangan dan Fakulti
Pengurusan Perniagaan. Program selama sehari itu bersempena dengan Minggu Mesra
Pelanggan Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Negeri Sembilan. Tetamu Kehormat
semasa majlis itu ialah Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammad Razi bin Haji Kail,
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian,
Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan yang turut melawat khemah
Interaktif Kraf dan menyaksikan sendiri para pelajar menganyam bakul rotan.
Beliau memuji usaha Kraftangan Malaysia mengadakan program-program pendidikan
kraf yang dapat mendidik generasi muda
mengenali kraf untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan.
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Subscribe to:
Posts (Atom)