Feb 16, 2011

Lawatan Dari Kumpulan Yayasan Negeri Sabah


Pada 8 Februari 2011 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah menerima lawatan rasmi dari Kumpulan Yayasan Sabah iaitu seramai 18 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai yayasan dan usahawan-uasahawan kraf Sabah. Pada sebelah pagi lawatan tersebut ke Kompleks Kraf Seremban melawat sekitar kompleks dan mendengar taklimat dari Pengarah. Lawatan tersebut seterusnya ke Pusat Inkubator Kraf Buluh Simpang Pertang pada sebelah tengahari. Pegawai dari Yayasan tersebut menyatakan hasrat untuk membina bengkel kraf di bawah Yayasan Sabah. Kumpulan tersebut juga berminat dalam tempahan produk perabot buluh di Pusat Inkubator Kraf Buluh Simpang Pertang.



Kami di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga berjaya.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri 2011


Pada 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432H bersempena dengan sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri, Kontijen Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam Perarakan. Diketuai oleh Pengarah cawangan Negeri Sembilan. Bertemakan Satu Malaysia Satu Ummah.




"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Feb 10, 2011

Bengkel Bimbingan Teknikal

Pada 21.01.2011 hingga 25.01.2011 Kraftangan Cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan Bengkel Bimbingan Teknikal bagi persediaan Hari Kraf Kebangsaan 2011. Bengkel ini telah diselaraskan oleh Unit Rekaan Cawangan Negeri Sembilan bersama Unit Pembangunan Usahawan Ibupejabat.

Seramai 36 Usahawan dari seluruh Malaysia menyertai bengkel ini dan berjaya menghasilkan sebanyak 83 produk baru.Semoga dengan segala usaha yang dijalankan oleh pihak Kraftangan menjadikan HKK 2011 tahun ini dapat menjana ekonomi negara.



"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Feb 1, 2011

Interaktif Kraf Rotan Pelajar-Pelajar Singapura

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Interaktif Kraf Rotan Pelajar-Pelajar Singapura

Oleh : Waheeda Hussain

Pada 13 - 14 Januari 2011, satu program Interaktif Kraf Rotan bersama 430 orang pelajar Nan Hua High School, Singapura telah diadakan di Corus Paradise Port Dickson. Manakala pada 17-20 Januari 2011, Kompleks Kraf Negeri Sembilan telah menerima kunjungan kali ke-3 560 orang pelajar Anglo Chinese School, Singapura untuk program Interaktif Kraf Rotan dan rendaman kaki menggunakan tumbuh - tumbuhan tradisional.

Program ini agak berlainan kerana para pelajar menganyam rotan sambil merendam kaki di mana khasiat tumbuhan ini adalah untuk melancarkan perjalanan darah dan menenangkan fikiran.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"