Dec 21, 2010

Bantuan Kepada Mangsa Banjir

9 Disember 2010 - Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan ( KSKKMNS ) telah menghulurkan sumbangan ikhlas kepada 6 orang anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Kedah yang mengalami kesusahan dan kemusnahan harta benda akibat rumah mereka ditenggelami banjir. Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Waheeda Hussain, Bendahari KSKKMNS di pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Kedah. Adalah diharapkan sumbangan tersebut dapat membantu meringankan masalah yang ditanggung di samping mengukuhkan jalinan silaturrahim antara anggota kerja Kraftangan Malaysia.


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Nov 12, 2010

Anugerah 25 Tahun Perkhidmatan

Pada 11 November 2010, pihak pengurusan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah 25 Tahun Perkhidmatan di Kompleks Kraf Negeri Sembilan. Seramai xx anggota kerja telah menerima anugerah tersebut. Anugerah tersebut disampaikan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan.












































"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Nov 3, 2010

Kembali Ke Rahmatullah


Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah kehilangan seorang anggota kerja yang berdedikasi, En. Amirudin Bin Borhan (Pengajar Kraf E18) yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi Selasa, 2 November 2010. Beliau telah berkhidmat dengan Kraftangan Malaysia selama 33 tahun dan meninggal dunia pada usia 54 tahun akibat penyakit kencing manis.

Kraftangan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada isteri, anak dan keluarga Allahyarham. Kami berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang - orang mukmin yang soleh.

Amin. Al-Fatihah.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Oct 5, 2010

Perasmian Pusat Inkubator Simpang Pertang









Sempena perasmian Pusat Inkubator Buluh Simpang Pertang, Kraftangan Malaysia telah mengadakan promosi dan jualan pada 13 dan 14 Oktober 2010. Pusat Inkubator Buluh Simpang Pertang telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim pada 14 Oktober 2010 jam 3.00 petang. Majlis perasmian ini telah diceriakan lagi dengan kehadiran artis - artis jemputan seperti Ebby Yus, Sathia dan penari - penari kebudayaan.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Jamuan Hari Raya






Pada 2 Oktober 2010, Kompleks Kraf Negeri Sembilan telah mengadakan 'Rumah Terbuka' untuk mengeratkan silaturrahim di antara kakitangan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dan para usahawan kraf di negeri ini. Selain itu juga, anak - anak yatim dari Pusat Jagaan Baitumal Mahabbah, Seremban telah dijemput bagi memeriahkan rumah terbuka ini.

Antara hidangan yang disediakan adalah lemang, satay, rendang ayam dan daging, nasi beriyani gam serta beberapa tambahan hidangan lagi. Selain itu juga majlis turut dimeriahkan lagi dengan acara penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim dan anak-anak kakitangan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan oleh YB Dato' Mohammad Razi Bin Kail, EXCO Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Sep 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Saya bagi pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua Umat Islam. Berhati - hati ketika memandu terutama yang ingin pulang ke kampung halaman. Semoga kepulangan anda disambut dengan senyum tawa orang yang tersayang bukannya dengan tangisan. Sepuluh jari disusun tanda memohon keampuanan atas salah dan silap yang sengaja atau tidak sengaja. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Aug 11, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa. Semoga segala amalan diberkatiNya.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Aug 5, 2010

Promosi Kraf Mantai 2010








Kunjungilah Promosi Kraf Mantai yang akan diadakan pada 9 - 10 ogos 2010 dari jam 9.00 pagi hingga 5 .00 petang bertempat di perkarangan Kompleks Kraf Negeri Sembilan, Jalan Dato' Abdul Kadir, Seremban.

Aktiviti yang akan diadakan sepanjang promosi ialah jualan masakan tradisional seperti lemang, rendang minang, dodol, gula enau, wajik dan bahulu. Turut diadakan ialah jualan kraf dari produk rotan, buluh, ukiran sarung parang, seramik, batik, songkok, pakaian, jubah, tudung, aksesori wanita dan gubahan bunga.

Semua dijemput hadir untuk melawat serta membeli belah di Promosi Kraf Mantai 2010 sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Sebarang pertanyaan , sila hubungi talian telefon 06-7671388.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Aug 2, 2010

Promosi lagi Di Jusco Seremban 2







Usahawan kraf akan berkumpul lagi di Jusco Seremban 2 buat kali ke-5 sempena Promosi Di Pusat Membeli Belah anjuran Kraftangan Malaysia.
Promosi selama 11 hari ini akan bermula pada 26 Ogos - 5 September 2010 dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Datanglah beramai - ramai untuk membeli - belah produk kraf Malaysia bagi persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"