"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Mar 6, 2012
Kunjungi Pelukis Di Kompleks Kraf Negeri Sembilan
Persatuan Pelukis
Negeri Sembilan mula beroperasi di Kompleks Kraf Negeri Sembilan (KKNS) pada 9
Februari 2012. Pelbagai hasil karya dan potret dipamerkan di ruang hadapan KKNS
untuk jualan. Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri insan seni ini
menghasilkan karya mereka. Anda juga berpeluang menempah potret sendiri dengan
harga yang berpatutan.
Bagi kanak - kanak yang berumur 6-12 tahun, daftar sekarang untuk mengikuti kelas lukisan (seni visual). Bayaran yang dikenakan sebanyak RM30.00 sebulan (4 kali kelas sebulan - 1 jam).
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Mohd Faizal (013 – 2395567), Dan (017-6989722) atau Nasha (017-3494172).
Bagi kanak - kanak yang berumur 6-12 tahun, daftar sekarang untuk mengikuti kelas lukisan (seni visual). Bayaran yang dikenakan sebanyak RM30.00 sebulan (4 kali kelas sebulan - 1 jam).
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Mohd Faizal (013 – 2395567), Dan (017-6989722) atau Nasha (017-3494172).
"Melukis Dari Hati Riang Melukis Ceria Mewarna"
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Bazaar Kraf Bulanan
29 Februari 2012 – Unit Pasaran dan Promosi
telah mengadakan Bazaar Kraf Bulanan di perkarangan Kompleks Kraf Negeri
Sembilan (KKNS) pada hari ini. Bazaar ini akan diadakan pada hari Rabu Minggu
Ke 4 setiap bulan dari jam 10.00 pagi – 3.00 petang. Tujuan bazaar ini diadakan
adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan lagi KKNS kepada orang ramai. Bazaar
pertama yang diadakan pada hari ini telah disertai oleh 6 usahawan kraf NS
dalam bidang batik, rotan, daun getah, songkok, aksesori manik dan kuih
tradisional. Sambutan pada bulan pertama diadakan menggalakkan dan orang ramai
yang terlepas peluang mengunjungi bazaar ini, JANGAN LUPA bazaar ini akan diadakan pada setiap bulan, minggu ke 4,
hari Rabu. Datanglah beramai-ramai....
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Mar 2, 2012
Lawatan YB Dato’ Razi DI AEON Seremban 2
Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri
Sembilan ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat
Dato’ Haji Mohammad Razi bin Haji Kail, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan Dan Adat Istiadat Melayu
Negeri Sembilan kerana telah sudi berkunjung ke Promosi Kraf Malaysia di AEON (Jusco)
Seremban 2 pada 15 Februari 2012. Kunjungan lebih 2 jam itu telah mendapat
publisiti dan liputan media Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Sinar
Harian dan RTM. Beliau sangat berpuas hati dengan pencapaian jualan di AEON
Seremban 2 dan berharap promosi ini dapat diadakan 3 kali setahun. Promosi yang
diadakan pada 9-19 Februari 2012 telah mecatat jualan sebanyak RM358,755.40
melebihi sasaran jualan yang ditetapkan sebanyak RM250,000.00. Terima kasih dan
syabas kepada semua anggota kerja dan usahawan yang telah menjayakan promosi
ini. Terima kasih juga kepada YB Dato’ Razi
di atas perhatian dan keperihatinan beliau dalam semua program yang
dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan.
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Subscribe to:
Posts (Atom)