"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Apr 28, 2010
Apr 27, 2010
Perihatin Terhadap Mereka Yang Memerlukan
Penasihat Kelab Sukan merangkap Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah menyalurkan bantuan kepada balu Allahyarham Baharudin Bin Abd. Rahman (bekas Pengawal Keselamatan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan) pada 23 April 2010 yang lepas.
Semoga sumbangan yang disalurkan dapat meringankan beban beliau.
Semoga sumbangan yang disalurkan dapat meringankan beban beliau.
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Apr 23, 2010
Promosi Kraftangan Di Terminal 1
Satu lagi promosi kraftangan diadakan di Terminal 1 Shopping Centre dengan kerjasama dari pihak pengurusan Terminal 1. Promosi tersebut seperti berikut :
Tempat : Terminal 1 Shopping Centre, Seremban, Negeri Sembilan
Tarikh : 23 hingga 25 April 2010
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Seramai 8 usahawan yang terlibat dalam promosi ini dari pelbagai bidang seperti bidang batik, bidang hasil rimba (rotan dan ukiran sarung parang), bidang kraf kaca, bidang logam (aksesori wanita dan cenderamata) dan bidang aneka kraf.
Silalah berkunjung ke sana untuk memeriahkan promosi ini dan membeli barangan buatan kraf Malaysia.

Apr 13, 2010
Promosi Kraf Malaysia 2010
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia sepertimana tersebut:
Tarikh : 05 - 08 Mei 2010
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Kompleks Kraf Negeri Sembilan
Objektif promosi ini ialah untuk membantu penjualan kraf usahawan disamping memperkenalkan Komplek Kraf Negeri Sembilan kepada orang ramai.Promosi Kraf Malaysia yang kedua kali diadakan ini akan memberi fokus dan keutamaan kepada pemasaran produk - produk dari rotan dan buluh serta produk kraf dari negeri - negeri lain. Aktiviti lain yang akan diadakan ialah aktiviti pameran, demonstrasi dan interaktif kraf, masakan tradisional, permainan tradisional dan persembahan kesenian.
Pelaksanaan Promosi Kraf Malaysia di Kompleks Kraf Negeri Sembilan diharap akan menambahkan lagi bilangan pengunjung seterusnya menjadikan kompleks ini sebagai salah sebuah pusat persinggahan yang terkenal di Negeri Sembilan.
Orang ramai adalah dialu alukan datang berkunjung Kompleks Kraf Negeri Sembilan bagi menjayakan promosi ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)