Sep 19, 2012

Majlis Jalinan Mesra Hari Raya JKPKPKKNS


Pada 12 September 2012 ( Rabu) Majlis sambutan hari raya peringkat Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Negeri Sembilan telah diadakan. Kraftangan telah ditugaskan untuk mengetuai jawatankuasa keceriaan pentas dan menyelaras gerai pencuci mulut (buah & kuih muih). Pelbagai juadah disediakan seperti satay,kambing dan ayam panggang, pelbagai jenis nasi dan mee, lemang dan rendang serta kuih muih tradisional.
Pada malam tersebut juga telah diadakan pertandingan karaoke , persembahan istimewa dari  Aqim AF  dan penyampian duit raya  kepada semua anak anggota kerja yang hadir di bawah umur 12 . Semua tetamu yang hadir pulang dengan senyuman …






"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1433H

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di peringkat Cawangan Negeri Sembilan telah di adakan pada 11 September 2012 (Selasa)  di Pusat Inkubator Kuala Pilah. Sambutan kali ini telah dihadari oleh semua  anggota kerja dan keluarga, usahawan, pesara serta balu pesara.

Pada majlis tersebut telah diadakan dua jenis pertandingan iaitu pertandingan gerai cantik yang dimenangi oleh gerai satay diketuai oleh Encik Abdul Malek Osman manakala pertandingan karaoke raya pula di menangi oleh gerai buah dan kuih muih tradisonal yang diketuai oleh Puan Sharifah Mohd Nor. Tahniah!!!

Majlis tersebut juga di meriahkan dengan persembahan istimewa  Pengarah kami  dan juga usahawan...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN 
DARI KAMI WARGA KERJA KRAFTANGAN NEGERI SEMBILAN


Persiapan gerai 



Menikmati juadah yang disediakan

Ucapan dari Orang Kuat Kraftangan Cawangan

Persembahan dari Kumpulan Gerai Air dan Usahawan

Kumpulan Gerai Lemang

Kumpulan Gerai Mee Sup&Murtabak

Kumpulan Gerai Buah & Kuih Muih
Kumpulan Gerai Satay 

Sumbangan duit raya dan penyampaian hadiah kepada pemenang

Wajah ceria warga Kraf Negeri Sembilan


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 55



Pada 31 Ogos 2012 Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah terlibat dalam perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan Ke 55 Peringkat Negeri Sembilan di bawah Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Negeri Sembilan (JPKPKKNS) 2012. Sambutan tersebut telah diadakan di Padang Majlis Perbandaraan Seremban (MPS) bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Majlis berjalan dengan jayanya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 55
 JANJI DITEPATI