Dec 29, 2011
Majlis Sambutan Hari Lahir
Kelab Sukan dan
Kebajikan Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan (KSKKMNS) telah mengadakan Majlis
Sambutan Hari Lahir Anggota Kerja buat kali kelima pada tahun 2011. Majlis ini
diadakan pada 21 Disember 2011 setelah selesai Mesyuarat Anggota Kerja di Pusat
Inkubator Kraf Kuala Pilah. Seramai 10 orang anggota kerja yang lahir pada bulan Oktober, November dan Disember
telah diraikan dengan upacara memotong kek dan penyampaian hadiah hari lahir
daripada KSKKMNS. Majlis ini merupakan penutup tirai Tahun 2011 setelah kesemua
hari lahir 34 orang anggota kerja diraikan oleh KSKKMNS. Semoga semua anggota
kerja dianugerahkan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan
rezeki. Amin...
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Dec 19, 2011
Perhimpunan Bulanan & Mesyuarat Pengurusan
PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5/2011
&
MESYUARAT PENGURUSAN CAWANGAN BIL 14/2011 Tarikh :
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Pusat Inkubator Kuala Pilah
**Disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan tarikh Perhimpunan & Mesyuarat telah dipinda ke tarikh tersebut.
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Pewaris Muda 1 Malaysia
Pada tarikh 10 - 12 November 2011, satu program “ PEWARIS
MUDA 1 MALAYSIA “ yang dianjurkan secara ‘smart partnership’ oleh Jabatan
Penerangan Negeri Sembilan bersama Komuniti BESTARI Daerah Jelebu dan disertai
pelajar-pelajar Institiut Pengajian Tinggi (IPTA) yang terpilih telah
dilaksanakan dengan jayanya.
Program ini telah dilangsungkan selama tiga hari bertujuan untuk memupuk penghayatan 1Malaysia
seperti yang dilaungkan oleh Pemimpin
Negara. Program ini telah diadakan di kawasan
FELDA Titi di Jelebu yang indah dan permai.
Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan tidak melepaskan
peluang menyertai aktiviti pameran
sebagai tanda sokongan kepada Jabatan Penerangan Negeri Sembilan. Pameran
bertujuan mempromosikan Kraf Negeri Sembilan kepada masyarakat setempat dan
pelajar IPTA yang berkampung selama tiga hari disana. Selain mengadakan jualan
kraf yang disertai oleh Kelab Usahawan Negeri Sembilan, kami juga
mengadakan slot interaktif kraf dalam bidang anyaman rotan.
Program telah dirasmikan oleh YB Dato’ Siow Chen Pin, selaku
ADUN Chennah dan disempurnakan penutupannya oleh Dato’ Seri Utama Dr Rais
Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan merangkap Ahli Parlimen
Jelebu Negeri Sembilan.
Warga Kraf Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih kepada
semua yang hadir dan kami berharap kraf
Malaysia akan di minati oleh semua golongan masyarakat dimasa depan.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Dec 15, 2011
Lawatan Ahli-Ahli KRT Induk Taman Johor Jaya A
Seramai 80 orang Ahli-Ahli KRT Induk Taman Johor
Jaya A, Jiran Wanita dan Jiran Muda beserta keluarga telah mengunjungi
Kompleks Kraf Negeri Sembilan pada 22
November 2011. Lawatan selama 2 jam itu telah di isi dengan seramai 50 orang
ahli menyertai aktiviti Interaktif Kraf Anyaman Bakul Rotan. Kebanyakan ahli
merasa seronok mempelajari dan menghasilkan bakul rotan disamping membeli belah
produk-produk kraf usahawan Negeri Sembilan untuk dijadikan cenderamata
kenangan. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan sumber inspirasi
kepada Ahli-Ahli KRT megenai hasil seni kraftangan yang boleh dijadikan sumber
pendapatan.
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Dec 13, 2011
Lawatan Rasmi Timbalan Ketua Pengarah Operasi
Pada 23 November 2011, Timbalan Ketua Pengarah
(Operasi) telah membuat lawatan rasmi ke
Cawangan Negeri Sembilan. TKP(O) telah menyampaikan amanat beliau kepada semua
anggota kerja. Semoga taklimat yang diberikan oleh TKP(O) memberi gambaran kepada semua anggota kraftangan
Negeri Sembilan mengenai transformasi kraftangan Malaysia secara
keseluruhannya.
Amanat Disampaikan Oleh TKP(O)
Penyampaian cenderamata kepada TKP(O)
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Nov 1, 2011
Interaktif Kraf Selepas Tamat UPSR Dan PMR
Seramai 70 orang pelajar dari SK Seremban 2A
telah menyertai aktiviti Interaktif Kraf Anyaman Rotan pada 10 Oktober 2011 di
perkarangan Kompleks Kraf Negeri Sembilan. Aktiviti ini merupakan salah satu
aktiviti luar kepada mereka setelah selesai menduduki peperiksaan UPSR dan PMR.
Pihak Kraftangan Malaysia NS juga telah mengadakan aktiviti yang sama kepada
para pelajar Tingkatan 3 di dua buah sekolah iaitu di SMK Puteri, Seremban pada
17 Oktober 2011 dengan penyertaan 150 orang pelajar yang menyertai interaktif
kraf anyaman rotan dan mewarna batik. Manakala pada 25 Oktober 2011, seramai 8
orang tenaga pengajar kraf telah mengajar 150 orang pelajar membuat bakul rotan
di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban. Semoga program – program sebegini dapat memberi
manafaat kepada para pelajar untuk lebih mengenali kraf tempatan.
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Oct 21, 2011
Karnival Ampangan 2011
Juru Lapor : Waheeda Hussain
Bahagian : Kompleks Kraf Negeri Sembilan
Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri
Sembilan telah menyertai aktiviti pameran dan jualan kraf sempena Karnival
Ampangan yang telah diadakan pada 13 – 15 Oktober 2011 di Bandar Baru Ampangan.
Karnival ini diadakan sempena Lawatan Kerja Yang Amat Berhormat Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin ke Negeri
Sembilan.
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Oct 11, 2011
Majlis Sambutan Hari Lahir & Selamat Bersara
Pada tanggal 3 Oktober 2011, pihak pengurusan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dan KSKKMNS telah mengadakan jamuan bagi meraikan persaraan dan hari lahir Encik Aziz Saleh, Pereka(B17) Pusat Inkubator Kraf Kuala Pilah.
Encik Aziz Saleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Aziz telah berkhidmat lebih daripada 32 tahun dengan Kraftangan Malaysia bermula 1 Februari 1979 hingga 26 September 2011. Beliau merupakan seorang anggota kerja yang berhemah tinggi, berdedikasi dan hasil kerja rotan beliau sangat kemas dan berkualiti.
Pada majlis tersebut, Pengarah telah menyampaikan cenderamata persaraan daripada pihak pengurusan Kraftangan Malaysia. Manakala Encik Tajudeen (Pengerusi KSKKMNS) telah menyampaikan cenderamata dan hadiah hari lahir sumbangan KSKKMNS.
Kami warga kraf Negeri Sembilan mendoakan semoga Cikgu Aziz diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Amin.....

Sep 19, 2011
Majlis Sambutan Hari Raya 2011
Pihak pengurusan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan bersama - sama dengan KSKKMNS dan Kelab Usahawan Kraf Negeri Sembilan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya pada 15 September 2011 di Kompleks Kraf Negeri Sembilan.
Pelbagai juadah dihidangkan dan tetamu dihiburkan dengan persembahan karaoke oleh anggota kerja dan usahawan kraf. Pada tahun ini, KSKKMNS sekali lagi telah bermurah hati untuk memberi duit raya kepada semua anggota kerja dan juga anak - anak anggota kerja yang disampaikan oleh Encik Mohamad Ali Bin Haji Mad Jais, Penasihat KSKKMNS. Terima kasih daun keladi.........

Jul 29, 2011
Sambutan Hari Lahir Dan Sukan
Oleh : Waheeda Hussain
Bendahari KSKKMNS
Kelab Sukan Dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (KSKKMNS) telah mengadakan Sambutan Hari Lahir Anggota Kerja buat kali ketiga pada tahun ini. Seramai 4 orang anggota kerja iaitu Puan Rosmaliza, Cik Molny, Encik Ab Halim dan Encik Faizal yang lahir pada bulan Jun - Ogos telah diraikan pada 22 Julai 2011. Acara dimulakan dengan bacaan Yasin dan Mesyuarat Anggota Kerja. Pada sebelah tengahari diadakan upacara memotong kek dan penyampaian hadiah hari lahir daripada KSKKMNS.
Pada sebelah petang diadakan pertandingan sukan dalaman dart, karom dan pertandingan bowling di AEON Seremban 2.Majlis diakhiri dengan jamuan minum petang di Restoran Oriental City Park di Seremban 2.

Subscribe to:
Posts (Atom)