Apr 28, 2017

INTERAKTIF KRAF DI SEKOLAH KEBANGSAAN SENAWANG 3

Pada 27 April 2017, Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah berbesar hati menerima jemputan dari Sekolah Kebangsaan Senawang 3 bagi mengadakan program Interatif Kraf melibatkan guru dan pelajar-pelajar tahun 4, 5 dan 6 sekolah berkenaan.



 

 
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Apr 26, 2017

MAJLIS SEKALUNG PENGHARGAAN

Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah menganjurkan Majlis Sekalung Penghargaan pada 21 April 2017 bersamaan 24 Rejab 1438H bertempat di Bengkel B1. Majlis bagi meraikan anggota kerja cawangan yang bersara iaitu Encik Ghazali Tahir, Encik Razali Ishak dan Puan Sharifah Mohd Nor serta pertukaran Pengarah, Encik Abdul Halim Ali ke Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah. Majlis ini turut dihadiri Yang Berusaha Encik Mohd Noor Effendy bin Abdul Karim, Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan. 

 






Berikut adalah info berkenaan pesara-pesara yang diraikan:

Encik Ghazali Tahir yang lebih mesra dipanggil 'Atuk' telah berkhidmat sebagai anggota kerja Kraftangan Malaysia selama 40 tahun dan bersara wajib pada tanggal 22 Mac 2017 yang lalu. 




Manakala Encik Razali Ishak telah berkhidmat selama 33 tahun dan memilih untuk bersara pilihan pada 1 April 2017. 
  
Puan Sharifah Mohd Nor pula  memilih untuk bersara pilihan pada 2 Mei 2017 setelah berkhidmat selama 38 tahun bersama Kraftangan Malaysia.
  
Pihak cawangan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pesara-pesara diatas perkhidmatan dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang menjadi anggota kerja Kraftangan Malaysia dan mendoakan semoga pesara-pesara dikurniakan kesihatan yang baik dan kehidupan yang sejahtera. 

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2017



Semua dijemput hadir.


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Apr 25, 2017

MAJLIS BACAAN 'YAASIN'

Pada 21 April 2017 telah diadakan Majlis Bacaan Yassin melibatkan anggota-anggota kerja cawangan Negeri Sembilan yang beragama islam. 

Berikut adalah gambar-gambar semasa majlis berlangsung:




"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Apr 17, 2017

KARNIVAL PENDIDIKAN KHAS SEK MEN KEB BAHAU


Bertarikh 13 April 2017, pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah terlibat di dalam mengadakan program interaktif sempena Karnival Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau.
 

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Apr 11, 2017

ANUGERAH REMAJA PERDANA


Anugerah Remaja Perdana telah diadakan pada 18 Mac sehingga 22 Mac 2017 bertempat di Temuan Abo Craft, Kampung Orang Asli, Ulu Chembong, Rembau, Negeri Sembilan. Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan bersama-sama pelbagai agensi turut terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Seramai 150 orang peserta terdiri daripada golongan remaja dari pelbagai peringkat umur telah menyertai program ini yang telah dirasmikan oleh YB Khairy Jamaludin, Menteri Belia dan Sukan pada 21 Mac 2017. Melalui penganjuran program ini, diharapkan dapat memajukan budaya seni dan warisan serta kraftangan di Kampung Orang Asli Ulu Chembong, Rembau selain dapat mendekatkan seni kraf anyaman kepada generasi muda.

 
 
 
  
 
 
 

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Apr 5, 2017

PETA PRODUK KRAFTANGAN NEGERI SEMBILAN




'Klik gambar untuk imej yang lebih jelas'


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

PROGRAM TERAPI KRAFTANGAN PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN KEPIS


Bermula bulan Mac 2017,Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Kuala Pilah bakal menerima kunjungan guru-guru dan murid-murid program Pendidikan Khas dari Sekolah Kebangsaan Kepis bagi mengadakan program terapi kraftangan kepada murid-murid berkenaan. Program ini akan diadakan sekali pada setiap bulan dan  dijangka berterusan sehingga bulan Oktober 2017.

Pada program ini,  murid-murid berkenaan diberi pendedahan untuk mengayam rotan dan seterusnya menghasilkan bakul.  Semoga program ini dapat menggalakkan murid-murid berkenaan menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian selain dari  mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokkan.


 
 

 
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"