Mar 10, 2011

Sambutan Hari Jadi Anggota Kerja

Oleh :
Waheeda Hussain
Bendahari KSKKMNS

Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan buat pertama kalinya mengadakan sambutan hari jadi untuk anggota kerja yang lahir pada bulan Januari Hingga Mac pada 9 Mac 2011 yang lalu.
Acara tersebut dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat pada sebelah pagi dan diteruskan dengan Mesyuarat Anggota Kerja. Pada sebelah tengahari diadakan acara memotong kek dan penyampaian hadiah hari jadi sebanyak RM50.00 kepada 13 orang anggota kerja yang diraikan

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"