Jun 28, 2010

Lawatan Pelajar Singapura

Pada 22 & 23 Jun 2010 yang lalu, Kompleks Kraf Negeri Sembilan telah menerima 300 orang pelajar - pelajar Nan Hua High School dari Singapura untuk mempelajari Interaktif Kraf Anyaman Rotan & Mewarna Tabung Buluh. Kunjungan selama 2 hari itu telah mendapat sambutan dan minat daripada pelajar - pelajar tersebut. Kunjungan ini merupakan kunjungan kali kedua pelajar - pelajar Singapura dan Kompleks Kraf Negeri Sembilan akan menerima lagi kunjungan dari pelajar - pelajar Singapura pada masa akan datang.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Jun 13, 2010

Interaktif Kraf 1 Malaysia

Kompleks Kraf Negeri Sembilan telah menerima kunjungan pelajar - pelajar dari Johor, Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan dari bulan Mac sehinggalah ke hari ini untuk membuat interaktif kraf anyaman rotan, mewarna batik, tabung buluh dan bekas seramik. Pada bulan Jun sahaja, 62 bas telah membawa pelajar - pelajar yang terdiri dari kaum Melayu, India dan Cina untuk mempelajari kraf yang merupakan salah satu seni warisan bangsa.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Jun 1, 2010

Program TM Jalur Lebar Dan Notebook

Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah menyertai pameran kraf sempena Karnival TM bersempena Majlis Pelancaran Pakej Jalur Lebar TM dan Netbook pada 28 Mei 2010 di Majlis Daerah Jelebu.

Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan. Turut hadir En. Ramli Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah(Operasi) Kraftangan Malaysia.






"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"