Sep 29, 2016

MAKMAL REKABENTUK PRODUK BARU ANYAMAN ROTAN (BEG DAN BAKUL) DAN PERABOT BULUH 2016





Pada 5hb sehingga 7hb September 2016 telah berlangsung Makmal Rekabentuk Produk Baru Anyaman Rotan (Beg dan Bakul) dan Perabot Buluh 2016 di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Kuala Pilah melibatkan Pereka, Pengajar Kraf dari Kraftangan Malaysia serta usahawan-usahawan kraf rotan dan buluh dari pelbagai negeri di Malaysia. 



Sepanjang program tersebut dijalankan para peserta didedahkan dengan maklumat terkini tentang kaedah dan proses rekabentuk produk kraf rotan dan buluh.  Majlis penutup dan penyampaian sijil kepada peserta telah disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Yusak bin Mahamud, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Kraftangan Malaysia. 

  





SELAMAT BERTUGAS



Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Cawangan Negeri Sembilan telah menerima Timbalan Pengarah iaitu Encik Fazar Ivan Hidayat bin Zahari pada 1 September 2016 yang lalu. Beliau merupakan pegawai berjawatan Pereka yang sebelum ini bertugas di PKKM Cawangan Sabah.

        PKKM Cawangan Negeri Sembilan mengalu-alukan kehadiran beliau dan, semoga dengan kehadiran beliau, cawangan ini akan terus berkembang dan sekaligus menyumbang secara positif kepada visi dan misi Kraftangan Malaysia keseluruhannya.
 


Aug 30, 2016

LAWATAN SEK. MEN. SAINS PEREMPUAN SEREMBAN KE KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN, KUALA PILAH



Bertarikh 13 Ogos dan 20 Ogos 2016, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Perempuan, Seremban telah mengadakan lawatan ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Kuala Pilah. Semasa lawatan, aktiviti interaktif kraf anyaman rotan turut diadakan disamping lawatan ke galeri pameran. 

 



 


PROGRAM SENI VISUAL GURU-GURU PELATIH UNIT PENDIDIKAN SENI VISUAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS RAJA MELEWAR




Pada 8 Ogos 2016 yang lalu, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Kuala Pilah telah berbesar hati menerima lawatan dari guru-guru pelatih Unit Pendidikan Seni Visual IPG Kampus Raja Melewar, Seremban yang telah mengadakan Program Kembara Seni Visual di cawangan ini. Seramai 21 orang guru pelatih dan 2 orang pensyarah pengiring telah menyertai program tersebut. Di antara aktiviti yang dilaksanakan adalah menganyam bakul rotan dan lawatan ke galeri. Diharapkan program ini dapat mendedahkan para guru pelatih secara langsung tentang kraftangan khususnya anyaman rotan.