Bermula
bulan Mac 2017,Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Kuala Pilah bakal
menerima kunjungan guru-guru dan murid-murid program Pendidikan Khas dari
Sekolah Kebangsaan Kepis bagi mengadakan program terapi kraftangan kepada murid-murid berkenaan. Program ini akan diadakan sekali pada setiap bulan
dan dijangka berterusan sehingga bulan Oktober 2017.
Pada
program ini, murid-murid berkenaan diberi pendedahan untuk mengayam rotan
dan seterusnya menghasilkan bakul. Semoga program ini dapat menggalakkan murid-murid berkenaan menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang
bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian selain dari
mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokkan.
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
No comments:
Post a Comment
TERIMA KASIH