Jan 27, 2012

Lawatan Pengerusi Kraftangan Malaysia

Seremban, 18 Januari 2012 – Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menerima kunjungan Yang Berbahagia Dato’ Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia ke Kompleks Kraf Negeri Sembilan. Kunjungan selama 3 jam itu  begitu bermanafaat kerana Dato’ Pengerusi banyak memberi nasihat, perangsang dan idea bagaimana untuk mencapai Pelan Transformasi Kraf menjelang Tahun 2016. Beliau juga menyarankan Kraftangan Malaysia sebagai agensi pelaksana perlu peka dan prihatin dengan segala dasar-dasar kerajaan dan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, YB Menteri KPKK dan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Beliau juga meminta publisiti Kompleks Kraf Negeri Sembilan diperluaskan lagi dengan membina “Billboard” dan “Signage” serta mengadakan Majlis Minum Petang (Cocktail Session) dengan menjemput semua ketua-ketua agensi kerajaan, swasta, media dan agensi pelancongan untuk lebih megenali Kompleks Kraf   atau dengan ertikata lain “to create awareness”. Beliau tertarik hati dan memuji Program Interaktif Kraf yang diadakan di Kompleks dan juga penubuhan Kelab Usahawan Kraf Negeri Sembilan. Di akhir ucapan beliau, beliau meminta Pengarah, pegawai-pegawai dan semua anggota kerja supaya lebih “pro-active”, berfikir di luar kotak, membuat perancangan mengikut “time line” dan menetapkan target sasaran kerana Tahun 2012 merupakan tahun pelaksanaan dan pemantapan disamping kebajikan anggota kerja tidak diabaikan. Beliau seterusnya melawat Bengkel Zafialno Enterprise (Rotan) dan Bengkel M&M Mustika Enterprise (Batik) sebelum meneruskan lawatan ke Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka

 "BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH