"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Nov 30, 2009
Kembara Kraf Warisan Anyaman Rotan
Pada 21 - 25 November , Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia menganjurkan Kembara Kraf Warisan Rotan 2009 bertempat di Homestay Lonek, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seramai 35 orang pelajar dan 5 orang guru dari sekolah - sekolah sekitar daerah Kuala Kangsar, Perak terlibat dalam aktiviti tersebut. Kembara Kraf Warisan adalah salah satu usaha Kraftangan Malaysia dalam menghebahkan seni kraf warisan negara kepada generasi muda dan masyarakat umum.
Nov 25, 2009
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Nov 19, 2009
Takziah Buat Puan Rokiah
Pada hari Rabu(18 November 2009) yang lalu, ibu kepada Puan Rokiah Binti Sharif, Pegawai Khidmat Pelanggan di Pusat Inkubator Kuala Pilah telah meninggal dunia. Ucapan Takziah kepada keluarga beliau. Semoga roh Allahyarham ibunya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Nov 17, 2009
Takziah Buat Puan Rahimah
Dukacita dimaklum bahawa suami kepada Puan Rahimah Binti Ibrahim, pereka di Pusat Inkubator Kuala Pilah telah kembali ke Rahmatullah pada 15 November 2009 (Ahad) di Kuala Pilah, N.Sembilan. Warga PKKM mengucapkan takziah kepada Puan Rahimah Binti Ibrahim dan keluarga. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Nov 15, 2009
Pelawat Dari Sri Lanka Dan Khazakstan
Pada 2 November 2009, Kompleks Kraf Negeri Sembilan telah menerima kunjungan dari peserta peserta Kebudayaan dari Negara Sri Lanka dan Khazakstan. Mereka mengunjungi Kompleks Kraf untuk mengenali identiti kraf dan membeli belah produk kraf Negeri Sembilan.
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Nov 12, 2009
Bengkel Orientasi Pengeluaran Produk
Demi meningkatkan mutu dan kualiti dalam pengeluaran produk yang berasaskan buluh pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan satu bengkel Orientasi Pengeluaran Produk Buluh. Penceramah dari Indonesia yang berpengalaman dalam bidang buluh telah dijemput untuk memberikan tunjuk ajar dalam teknik - teknik penghasilan produk buluh yang lebih berkualiti dan bermutu. Tempat dan masa bengkel adalah seperti tersebut :
Subscribe to:
Posts (Atom)