Aug 30, 2016

LAWATAN SEK. MEN. SAINS PEREMPUAN SEREMBAN KE KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN, KUALA PILAH



Bertarikh 13 Ogos dan 20 Ogos 2016, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Perempuan, Seremban telah mengadakan lawatan ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Kuala Pilah. Semasa lawatan, aktiviti interaktif kraf anyaman rotan turut diadakan disamping lawatan ke galeri pameran. 

 



 


PROGRAM SENI VISUAL GURU-GURU PELATIH UNIT PENDIDIKAN SENI VISUAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS RAJA MELEWAR




Pada 8 Ogos 2016 yang lalu, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Kuala Pilah telah berbesar hati menerima lawatan dari guru-guru pelatih Unit Pendidikan Seni Visual IPG Kampus Raja Melewar, Seremban yang telah mengadakan Program Kembara Seni Visual di cawangan ini. Seramai 21 orang guru pelatih dan 2 orang pensyarah pengiring telah menyertai program tersebut. Di antara aktiviti yang dilaksanakan adalah menganyam bakul rotan dan lawatan ke galeri. Diharapkan program ini dapat mendedahkan para guru pelatih secara langsung tentang kraftangan khususnya anyaman rotan.




Aug 16, 2016

SERAHAN CEK BAYARAN MANFAAT DI BAWAH SKIM PERLINDUNGAN INSURAN BERKELOMPOK KRAFTANGAN MALAYSIA KEPADA BALU ALLAHYARHAM AHMAD SAWAB BIN OSMAN




Pada 24 Jun 2016 yang lalu, warga Kraftangan Malaysia dikejutkan dengan berita kehilangan anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan iaitu Allahyarham Ahmad Sawab bin Osman, Pengajar Kraf E22 yang telah kembali kerahmatullah di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan akibat penyakit kencing manis yang dihadapi.

Puan Norehan menerima cek yang diserahkan oleh Encik Abdul Halim Ali

Lanjutan daripada itu, satu kunjungan ke rumah kediaman allahyarham telah dibuat pada 11 Ogos 2016 untuk menyerahkan cek bayaran manfaat di bawah skim perlindungan insurans berkelompok Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia kepada balu allahyarham, Puan Norehan. Penyerahan cek tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Encik Abdul Halim Ali. Adalah diharapkan dengan bayaran manfaat yang diterima dapat meringankan beban balu dalam mengharungi kehidupan yang akan datang.