Feb 15, 2013

HARI KRAF KEBANGSAAN 2013

 Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan pada 27 Februari hingga 11 Mac 2013 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Ini merupakan penganjuran kali ke-11 bermula tahun 2003.

Majlis Perasmian pada tahun ini akan diadakan pada 4 Mac 2013 yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Sultanah Hajah Haminah Binti Haji Hamidun.

Melibatkan hampir 500 usahawan kraf seluruh Malaysia dengan menghimpunkan hasil seni produk kraf tempatan yang berkualiti, berinovasi dengan rekaan motif-motif kraf yang terkini bagi kegunaan masyarakat tempatan dalam penggayaan hidup masa kini. Pelbagai aktiviti menarik yang mampu menggamit hati pengunjung.

MASUK ADALAH PERCUMA!


credit to http://www.facebook.com/komunikasi.korporat

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Jan 11, 2013

 PROMOSI KRAF MALAYSIA NEGERI SEMBILAN 2012


Aktiviti sepanjang promosi kraf  berlangsung.........



































"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

MAJLIS PERSARAAN & HARI KELUARGA PKKMNS



       Pada 28 Disember 2012, telah diadakan majlis persaraan  Encik Ridzuan Manaf dan Puan Rahimah Ibrahim Majlis diadakan di Port Dickson Golf & Country Club. Encik Ridzuan Manaf yang bertugas sebagai Pekerja Awam telah berkhidmat di Kraftangan Malaysia Kuala Pilah selama 31 tahun manakala Puan Rahimah Ibrahim bertugas sebagai Pereka Gred B17 telah berkhidmat bersama Kraftangan selama 34 tahun. Mereka menerima faedah persaraan iaitu ganjaran pencen dan pemberian wang gantian cuti rehat . Selamat maju jaya kepada mereka berdua dan berjaya dalam apa jua yang diceburi. Pada hari tersebut juga di adakan program di bawah Kelab Sukan&Kebajikan Kraftangan Negeri Sembilan. Antara pengisian pada hari tersebut ialah aktiviti Telematch dan Majlis sambutan hari jadi anggota kerja yang lahir pada bulan Disember. 


Memori 28 Disember 2012



















      






































"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"