Feb 13, 2012

Promosi Kraf Malaysia Di AEON Seremban 2


SEREMBAN, 10 Februari 2012- Kraftangan Malaysia sekali lagi mengadakan Promosi Kraf Malaysia di Pusat Membeli Belah yang terkenal di Negeri Sembilan iaitu AEON Seremban 2. Promosi yang diadakan selama 11 hari bermula pada 9 Februari – 19 Februari 2012 menampilkan 18 orang usahawan kraf yang berlainan dalam bidang tekstil, hasil rimba, seramik, logam dan aneka kraf. 

Promosi yang diadakan sejak tahun 2007 sentiasa mendapat sambutan daripada para pengunjung yang berminat untuk mendapatkan produk kraf buatan tempatan. Di samping itu juga, para usahawan kraf dapat menjana pendapatan melalui perolehan jualan, tempahan dan jalinan hubungan perniagaan.

Promosi ini juga setiap tahun mendapat perhatian dan kunjungan daripada Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammad Razi bin Haji Kail, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan Dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan yang akan melawat tapak promosi pada 15 Februari 2012, jam 3.00 petang bersama dengan pihak media.

Datanglah beramai- beramai ke Promosi Kraf Malaysia AEON Seremban 2 untuk mendapatkan kraf tekstil batik, tenunan mahupun songket berserta dengan produk logam perhiasan diri sebagai pelengkap keanggunan busana. Tidak ketinggalan hiasi rumah anda dengan produk kraf seramik, anyaman rotan, buluh dan aneka kraf. Diadakan juga aktiviti interaktif kraf anyaman rotan,mewarna bekas buluh dan seramik setiap hari serta Persembahan Kesenian Caklempong dan Muzik Asli pada hujung minggu.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

M&M MUSTIKA NEGERI SEMBILAN

PENTAS UTAMA

NORMADIAH SAHID

PINTU GERBANG UTAMA

USAHAWAN DARI KL

PERSEMBAHAN MUZIK CAKLEMPONG

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH