Pada 14 Mei 2012 (Isnin)
telah di adakan satu seminar bertajuk “Jom Sihat”. Seminar ini telah diadakan
di Kompleks Kraf Negeri Sembilan dan telah mengumpulkan semua anggota kerja dari
Kompleks Kraf Negeri Sembilan (KKNS), Pusat Inkubator Kuala Pilah (PIKP) dan
Pusat Inkubator Simpang Pertang(PISP).
Seminar ini bermula jam 8.30 dan
berakhir jam 5.00 petang bertempat di Bilik VIP. Aturcara seminar dimulai
dengan ceramah berkaitan “Penyakit Tidak Berjangkit” dan di ikuti dengan Teknik
Pemeriksaan Kesihatan. Anggota kerja sangat teruja untuk mengetahui teknik
pemeriksaan sendiri dan 10 orang anggota kerja yang mewakili ketiga-tiga premis
KKNS, PISP dan PIKP telah dilantik menjadi fasilitator. Penceramah jemputan
terdiri daripada Dr Hjh Rotina Binti Abu Bakar, Dr Siti Nurbaya Binti Shahrir
dan di bantu oleh 2 orang Ketua
Jururawat iaitu Surya Binti Baki dan KJK Masitah Sulaiman dari Jabatan
Kesihatan Negeri.
Pada sesi petang bermula jam 2.30
-4.30 petang di adakan ceramah bertajuk “Pemakanan Sihat” yang disampaikan oleh
Puan Suriyati Binti Abd Rahman, Penolong Pengarah Kanan (Pemakanan).
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
No comments:
Post a Comment
TERIMA KASIH