Lawatan Pengamal Media Dan Agensi Pelancongan Ke Kompleks Kraf Negeri Sembilan Sempena Program NS Food Trail 2013
Seremban, 12 Jun 2013 – Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menerima kunjungan seramai 60 orang pengamal media dan agensi pelancongan sempena program NS Food Trail 2013 anjuran Tourism Malaysia Negeri Sembilan. Program yang bertujuan untuk mempromosikan keunikan masakan “nogori” turut memilih Kompleks Kraf Negeri Sembilan sebagai salah satu destinasi pelancongan untuk dilawati.
Ketibaan rombongan pada jam 9.00 pagi di sambut oleh Pengarah dan
anggota kerja PKKM cawangan Negeri Sembilan dengan diiringi oleh muzik
tradisional Negeri Sembilan muzik “Pa’ Cik”. Rombongan berpeluang
mewarnai batik, menganyam rotan, membuat seramik dan melihat demonstrasi
pembuatan bakul boko daripada buluh. Mereka kemudian dibawa melawat
Galeri Kraf dan Kedai Karyaneka dan juga mendengar taklimat yang
disampaikan oleh Encik Nazmir Jamaludin.
Semoga lawatan dari pengamal media dan agensi pelancongan ini dapat
mempromosikan lagi Kompleks Kraf Negeri Sembilan sebagai salah sebuah
daripada sepuluh ikon pelancongan yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri
Sembilan.
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
No comments:
Post a Comment
TERIMA KASIH