Tanggal
19 Januari 2017 yang lalu, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Yang Berbahagia Hajah Zuraida binti Mokhtar telah
mengadakan lawatan ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri
Sembilan, Kuala Pilah dan Pusat Inkubator Kraf Simpang Pertang. Lawatan
tersebut turut disertai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) YBrs. Encik Yusak
bin Haji Mahamud, Pengarah Kanan, Bahagian Rekaan dan Penyelidikan, YBhg. Dato’
Mohd Zubair bin Md. Zain, Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Industri, Encik
Ibrahim bin Haji Ismail serta pegawai- pegawai dari Unit Pembangunan Usahawan
Kraf.
Sempena
lawatan Yang Berbahagia Ketua Pengarah bersama-sama rombongannya telah
mengadakan sesi perjumpaan bersama semua anggota kerja Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, serta membuat tinjauan di
bengkel-bengkel dan galeri dan bertemu usahawan inkubator. Pada sebelah
petang, program diteruskan dengan lawatan Yang Berbahagia Ketua Pengarah ke
Pusat Inkubator Kraf Simpang Pertang.
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
No comments:
Post a Comment
TERIMA KASIH